[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Berjaya?.....baca betul-betul.

Date: 26 Aug 1999
Time: 02:59:27
Remote User: -

Comments

PENGULAS NY TIMES PUJI DR MAHATHIR KERANA PEMULIHAN EKONOMI

Oleh Salmy Hashim

WASHINGTON, 26 Ogos (Bernama) -- Penulis ruangan ulasan New York Times Thomas Friedman, yang menulis sebuah buku mengenai globalisasi bertajuk "The Lexus and the Olive Tree", telah memuji Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya mengeluarkan Malaysia dari krisis kewangan.

Dalam ruangan yang ditulis dari Kuala Lumpur yang keluar Selasa lepas, Friedman berkata Thailand, Korea Selatan dan Indonesia yang menelan penawar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan juga Malaysia yang menolak nasihat IMF, Perbendaharaan Amerika dan ramai ahli ekonomi, telah berjaya dalam usaha-usaha pemulihan mereka.

Kes Malaysia adalah istimewa, katanya, kerana ia boleh menggalakkan negara-negara lain menerima pakai kawalan modal bukannya model Anglo-Amerika iaitu pembukaan pasaran kepada aliran bebas modal.

Tetapi Friedman juga berkata kawalan modal bukan penyelesai jangka panjang bagi ekonomi yang berorientasikan eksport seperti Malaysia.

"Ia diadakan untuk mencuri masa menstabilkan sesebuah ekonomi," katanya.

Beliau berkata Malaysia telah menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya sejak langkah-langkah kawalan dikenakan pada 1 Sept 1998.

"Dari segi Ekonomi, seseorang itu harus memberi Dr Mahathir keadilan yang merupakan haknya. Apabila beliau mengenakan kawalan, beliau bijak menetapkan ringgit pada kadar yang rendah -- yang menjadikan eksport Malaysia agak menarik, menghalang kemunculan pasaran gelap dan mudah dipertahankan dengan dasar fiskal dan kewangan yang konservatif.

"Beberapa ahli perniagaan Malaysia memberitahu saya penetapan ringgit yang murah membolehkan mereka merancang sekali lagi. Ekonomi Malaysia akan tumbuh 2.0 peratus tahun ini (sebelum krisis ianya adalah 8.0 peratus), pasaran saham tempatan telah meningkat dan ada pelaburan asing yang kembali."

Friedman berkata Malaysia telah menggalakkan penggabungan dan penyusunan semula bank-bank dan syarikat-syarikat yang lemah. Penyusunan semula itu, bagaimanapun, terus terhad.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Dr. Mahathir berhak untuk bangga dengan ekonomi -- sedikit," katanya.

Tetapi selain dari puji-pujian dalam ruangannya, Friedman turut memberi ruang mengutarakan pendapatnya mengenai pengendalian politik Dr Mahathir di negara ini dan pandangan mengenai globalisasi.

Dalam buku "The Lexus and the Olive Tree," Friedman kritikal terhadap Dr Mahathir kerana "menutup pintu kepada globalisasi selepas terbakar akibatnya".

Friedman juga berkata Malaysia kini pulih dari krisis ekonomi, satu-satunya cara untuk kembali kepada pertumbuhan tinggi yang mapan dan menghalang satu lagi krisis, adalah dengan peningkatan produktiviti dan kecekapan.

Ini memerlukan perubahan politik -- pentadbiran korporat, dalam perundangan, institusi-institusi pengawasan, dalam aliran bebas idea," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999