[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib, Lebih Baik Tutup Mulut

Date: 26 Aug 1999
Time: 04:15:28
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Najib selalu sangat didepani dengan persoalan media kroni. Mereka nak tahu apa jawapan dia bagi isu-isu yang sengaja diperbesar-besarkan.

Kalau Najib sebagai seorang Islam bercakap sedemikian maka jelaslah bahawa dia buta ugama. Memanglah selama ini kita ikut takwim orang Kristian. Memanglah mereka adakan pesta tahun baru dan sebagainya. Mata Najib buta kerana dia tidak nampak gejala sosial yang diwujudkan dalam majlis tersebut.

Lebih baik tutup mulut lagi bagus.

============================================================================================================================== NAJIB SANGKAL DAKWAAN FADZIL SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERUNSUR KRISTIAN

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dakwaan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor bahawa perayaan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan mirip sambutan Tahun Baru oleh penganut Kristian disifatkan sebagai berniat jahat.

"Nampaknya sekali lagi PAS membuat satu tafsiran bermotifkan politik yang berniat jahat, cuba menimbulkan kekeliruan dan buruk sangka di kalangan masyarakat kita," kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui selepas menghadiri Pidato Piala Diraja peringkat kebangsaan di Pusat Islam hari ini, Najib yang juga Naib Presiden Umno, berkata dakwaan itu tidak berasas kerana sambutan yang dilakukan itu adalah secara bersopan, sederhana dan tidak ada unsur yang bertentangan dengan lunas-lunas Islam.

"Soalnya, kenapa baru sekarang PAS hendak mempersoalkan sambutan Hari Kebangsaan walhal kita dah lakukan perkara ini sejak 42 tahun dahulu dan selama ini tidak timbul sama sekali.

"Jadi, kita menolak pendapat PAS ini. Kita akan teruskan sambutan kita dan kita berharap rakyat akan bersama-sama meneruskan sambutan ini kerana ia merupakan hari yang begitu bermakna dalam kehidupan kita rakyat Malaysia," katanya.

Ditanya kenapa sambutan itu dibuat menjelang detik 12 tengah malam, Najib berkata, ia berdasarkan kalendar yang telah diguna pakai selama ini.

Mengenai 4,370 orang guru lepasan diploma pendidikan yang belum dapat ditempatkan, beliau berkata proses penempatan guru-guru berkenaan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kekosongan.

"Insya'allah proses penempatan guru-guru ini akan dapat diselesaikan sebelum Disember ini," katanya.

Pada pidato hari ini, Muhd Ramadhan Fitri Ellias dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki, Pulau Pinang muncul juara kategori sekolah menengah. Ahmad Azizi Ahmad Kamil dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak menduduki tempat kedua dan Fatma Nazihah Mohd Katib dari Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur di tempat ketiga.

Siti Kamilah Wahbi dari Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak muncul juara bagi kategori sekolah rendah, Nur Fadillah Shamsudin dari Sek Keb Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur kedua dan Nurul Atiqah Tamarun dari Sek Keb Kuala Perlis, Perlis tempat ketiga.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyampaikan hadiah. Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah turut hadir. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999