[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rezeki Jangan Ditolak tapi.....

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:08:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ambil, ambil. Itu hak kamu. Tapi tetap jangan undi UMNO. UMNO masih lagi mahu main politik 60han. Musim pilihanraya tabur janji. Selepas menang pilihanaya, muka pun tak nampak.

Rakyat tidak tertipu lagi. ======================================================================================================================================================== PENEROKA KESEDAR AKAN DAPAT SURAT HAK MILIK TAHUN DEPAN

KOTA BAHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Semua 2,180 peneroka rancangan kemajuan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memperolehi surat hak milik tanah masing-masing pada tahun depan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa hari ini.

Beliau berkata, kerja mengukur lot ladang supaya setiap peneroka memperolehi empat hektar, telah selesai dan surat perakuan lot individu peneroka akan disiapkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Kesemua peneroka yang berdaftar dengan Kesedar akan mendapat tanah lot individu seperti yang dirancang oleh kerajaan," katanya kepada pemberita.

Kesedar yang ditubuhkan pada 1978, kini telah membuka 18,340 hektar tanah di kawasan Kelantan Selatan, melibatkan 11 rancangan meliputi tanaman kelapa sawit dan getah.

Kesedar yang membangunkan tanah secara sistem "ala Kelantan" adalah bagi mengatasi masalah kemiskinan di negeri ini selain mengimbangi pertumbuhan pembangunan antara Kelantan Utara dan Selatan.

Annuar berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan peruntukan RM1.2 juta Mac lepas untuk membiayai kerja mengukur lot tanah berkenaan.

Beliau berkata, pembahagian lot kepada peneroka itu akan menyebabkan berlakunya beberapa perubahan seperti penempatan, anjakan lot yang pastinya memberi pulangan baik kepada peneroka.

Satu perjumpaan akan diadakan dengan ketua-ketua peneroka Kesedar bagi membincangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul dalam pengagihan lot berkenaan dan dapat diselesaikan dengan segera.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib peneroka dan terus mencari kaedah yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup termasuk meningkatkan hasil ladang, katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999