[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Macam Ini Baru Profesional

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:11:39
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sebab itu mereka dipanggil profesional kerana andaian mereka bergantung kepada realiti semasa bukan kerana main-main dengan angka macam Si Kepala Taik.

Bila bagus kita kata bagus. Bila rundum kita kata rundum.

Ini tidak Si Kepala Taik terus dengan kedegilannya.

======================================================================================================================================================== S&P RAMAL EKONOMI M'SIA 1999 TUMBUH 5.2 PERATUS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Standard & Poor's telah menyemak semula ramalannya mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 1999 kepada 5.2 peratus daripada 4.6 peratus .

Agensi penarafan itu memberitahu Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku kedua negara yang diumumkan semalam akan menyediakan landasan bagi prestasi separuh tahun kedua yang kukuh.

Menurut MTEN dalam kenyataannya di sini hari ini, S&P menyatakan ramalan awalnya menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh mencapai setinggi 9.0 peratus pada suku kedua dan ketiga.

"Pertumbuhan itu boleh difahami apabila seseorang itu membuat andaian walaupun ekonomi berhenti tumbuh pada separuh kedua, iaitu pertumbuhan sifar pada asas suku-ke-suku untuk dua suku berikutnya, purata pertumbuhan separuh kedua adalah 5.5 peratus dan tahun penuh 3.5 peratus," katanya kepada MTEN.

Selain dari pemulihan yang kukuh, pertumbuhan separuh tahun kedua akan dirangsang oleh kesan tahun asas kerana S&P menyaksikan penurunan luar biasa 10.9 peratus dan 10.3 peratus masing-masing pada dua suku terakhir tahun lepas. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999