[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Haman Lagi Melalut

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:20:42
Remote User: -

Comments

Ulasan

Di hari Jumaat pun Si Haman begitu melalut,hanya kerana mahu mempertahankan sifat sekular UMNO.

Siapa kata PAS kata tak boleh sambut Perayaan Hari Kemerdekaan? Ini satu fitnah. Yang dipertikaikan adalah cara menyambut.

"Jika acara memasang dan memadamkan lampu itu pun tak boleh, ini ternyata satu fahaman yang sempit," katanya.

NAMPAKNYA HAMAN CUBA MENOLAK KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU KEMUNGKARAN DALAM KEADAAN GELAP ITU. HAMAN, HAMAN FAHAMAN UGAMA KAMU SANGAT TERUK. PERCAMPURAN MUDI MUDI, WANITA DAN LEKAKI DALM GELAP BOLEHKAH? KAMU PAKAI HUKUM MANA?

"Barangkali dalam soal pakai baju, tak kira orang Umno atau PAS, ada yang memakai baju yang sama dengan yang dipakai oleh orang Kristian, begitu juga dengan pemakaian tali leher," katanya.

HAMAN, KAMU SUDAH LARI DARI TOPIK. PERKARA PAKAIAN YANG DISEBUT INI TIDAK ROSAKKAN AKIDAH TAPI PESTA TENGAH MALAM ITU SATU KEMUNGKARAN.

========================================================================================================================================================ACARA HARI KEBANGSAAN TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM

LANGKAWI, 26 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat setiap 31 Ogos bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara dan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Hamid Othman hari ini berkata sambutan meriah yang diadakan tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana ia bertujuan mengukuhkan lagi semangat di kalangan generasi muda mengenai makna kemerdekaan.

Semangat itu perlu dipupuk secara berterusan agar generasi muda sedar dan dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, katanya kepada pemberita selepas menutup kursus pengurusan masjid anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dilaporkan mendakwa bahawa PAS tidak boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan yang dianjurkan kerajaan kerana ia mirip sambutan tahun baru yang diraikan oleh orang Kristian, dengan adanya acara pemadaman lampu menjelang pukul 12 tengah malam pada majlis berkenaan.

Dr Abdul Hamid berkata dakwaan itu menunjukkan PAS sudah tidak ada modal sehingga menjadikan perkara yang tiada kaitan dengan agama sebagai isu politik.

"Jika acara memasang dan memadamkan lampu itu pun tak boleh, ini ternyata satu fahaman yang sempit," katanya.

Dr Abdul Hamid berkata Islam tidak menghalang umatnya membuat sesuatu perkara yang secara kebetulan juga dibuat umat lain asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsip agama.

Katanya upacara seperti itu bertujuan memeriahkan suasana dan tidak timbul soal meniru perbuatan umat lain memandangkan banyak lagi perkara yang sama dengan orang lain yang turut diamalkan dalam kehidupan seharian orang Islam.

"Barangkali dalam soal pakai baju, tak kira orang Umno atau PAS, ada yang memakai baju yang sama dengan yang dipakai oleh orang Kristian, begitu juga dengan pemakaian tali leher," katanya.

Beliau juga menyebut contoh penggunaan garpu dan camca semasa makan di kalangan sesetengah umat Islam, yang diambil daripada budaya Barat. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999