[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Suruh Itu Si Kepala Taik Jadi Presidenlah.

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:23:38
Remote User: -

Comments

KONGRES INDIAN MUSLIM MALAYSIA MASIH WUJUD

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) hari ini menafikan khabar angin yang menyatakan parti itu tidak lagi wujud.

Presiden KIMMA, Sikandar Batcha Abdul Majeed meminta orang ramai untuk tidak terpedaya dengan khabar angin itu yang membawa kepada kekeliruan terhadap kewujudan KIMMA yang selama ini menjadi pembela nasib kaum India Muslim seluruh Malaysia.

Menurut Sikandar, KIMMA telah dibenarkan aktif semula dan menjalankan aktiviti berdasarkan kepada undang-undang berdaftar (Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui surat bertarikh 25 Ogos.

Beliau berkata berlaku silap faham apabila partinya didakwa gagal untuk menyerahkan nota/dokumen mesyuarat tahunan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran.

Beliau berharap orang ramai akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada parti KIMMA. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999