[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib Di Tekan Oleh Si Ketul Hitam

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:28:51
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Ketul Hitam menjadi ahli kepada satu konspirasi politiksecara halus terhadap Najib. Isu yang mula-mula didedahkan oleh Rafidah adalah semata-mata untuk menutup mata rakyat terhadap dakwaan rasuah terhadap dirinya. Kini, dia dalangi satu konspirasi halus untuk jatuhkan Najib dalam UMNO.

Pilihan pucukpimpinan UMNO tahun depan lagi hebat daripada pilihanraya umum negara.

Ini kena tanya Pak Lah dan Ku Li.

======================================================================================================================================================== MIC MAHU TINDAKAN TEGAS TERHADAP GURU BERPOLITIK DI SEKOLAH

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, yang bimbang dengan laporan mengenai guru-guru membincangkan politik secara terbuka di dalam bilik darjah, hari ini meminta Kementerian Pendidikan bertindak segera terhadap guru berkenaan.

Walaupun parti itu yakin bahawa majoriti guru tidak terbabit dalam perbuatan itu, "kami, bagaimanapun, kesal dengan mereka yang melakukan aktiviti seperti itu," kata presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu selepas mempengerusikan mesyuarat CWC di ibupejabat MIC, di sini, hari ini.

Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata jika benar guru-guru bertanyakan murid mengenai penglibatan politik ibu bapa mereka, ia akan menggagalkan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat yang berpendidikan baik.

"Ini bukan masanya untuk kanak-kanak diajar politik. Kita patut bantu mereka memberi tumpuan kepada pendidikan," katanya.

Samy Vellu berkata CWC memandang serius perkara itu dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap guru-guru yang terlibat, jika ada.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga anggota Majlis Teringgi Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz, di Alor Setar baru-baru ini.

Rafidah berkata perkara itu dibangkitkan oleh seorang wakil Wanita Barisan Nasional yang menceritakan mengenai guru, yang diketahui penyokong parti pembangkang, melakukan kegiatan itu di sekolah.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengulas kenyataan Rafidah berkata Kementerian Pendidikan akan menyiasat kes itu dan memutuskan sama ada guru berkenaan telah melanggar disiplin atau kod tatalaku.

Samy Vellu berkata CWC juga kesal dengan laporan bahawa PAS merancang untuk menyambut Hari Kebangsaan tahun ini secara berasingan di Kedah.

"Ini menunjukkan bahawa PAS tidak menghargai jasa-jasa serta pergorbanan pemimpin-pemimpin negara yang telah bekerja keras untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara daripada penjajah," katanya.

Beliau berkata bagi MIC, sambutan Hari Kebangsaan yang ke-42 pada 31 Ogos ini merupakan "sesuatu yang amat bermakna kerana ia akan diadakan ketika negara sedang melalui proses pemulihan ekonomi."

"Seluruh anggota MIC dan masyarakat keturunan India akan menyambutnya dengan penuh meriah dan secara bersatu," katanya.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada kereta atau di rumah mereka sempena hari yang amat bersejarah itu.

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, Samy Vellu berkata MIC kini lebih bersiap sedia.

"Semua jentera pilihan raya telahpun digerakkan dan kini hanya menunggu Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai tarikh pembubaran Parlimen," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999