[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

MTUC Terpinga-pinga

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:34:38
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Zainal baru sedar bahawa Si Kepala Taik sudah nyanyuk. Dalam negara dicengkam gejala kurang pekerjaan dan pekerja banyak yang kena buang, Si Kepala Taik yang sudah nyanyuk ingin membenarkan buruh Indonesia masuk Malaysia. Ini memang menggelikan hati.

Turunkan Si Kepala Taik tuh. Dia sudah nyanyuk.

Apa nak jadi dengan anak-anak kita? Nak kerja apa?

======================================================================================================================================================== TIMBANG SEMULA KEPUTUSAN BAWA MASUK PEKERJA INDONESIA, KATA MTUC

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menimbang semula keputusannya untuk membawa masuk pekerja mahir dari Indonesia kerana masih terdapat beberapa isu membabitkan pekerja tempatan yang belum diselesaikan.

Presiden MTUC Zainal Rampak dalam satu kenyataan berkata sebarang kerja kosong sepatutnya ditawarkan kepada rakyat tempatan kerana terdapat kira-kira 250,000 lepasan sekolah dan 60,000 lulusan universiti memasuki pasaran kerja setiap tahun.

Katanya, terdapat juga 40,000 pekerja sektor awam dan swasta bersara setiap tahun kerana mencapai umur 55 tahun yang juga sepatutnya diberi peluang untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi kerana mereka masih muda, sihat dan mempunyai keluarga untuk disara.

"Kami telah menggesa kerajaan melanjutkan pesaraan wajib kepada 60 tahun supaya kemahiran pekerja yang berkelayakan, berpengalaman, cekap dan berkebolehan tidak disia-siakan," katanya.

Zainal turut menggesa majikan membayar gaji dan faedah lebih tinggi serta memperbaiki keadaan di tempat kerja terutama di ladang dan tapak pembinaan bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan membabitkan diri dalam sektor itu, yang secara tidak langsung membantu negara mengawal pertukaran mata wang asing yang menjangkau RM3 bilion tahun lepas.

"Dengan membayar gaji dan faedah yang lebih tinggi kepada pekerja tempatan, majikan juga dapat membantu memulihkan ekonomi dengan lebih cepat kerana lebih banyak pengguna akan berbelanja hasil daripada kuasa membeli yang lebih tinggi," katanya.

Persetujuan membenarkan pekerja mahir dan separuh mahir dibawa masuk dicapai pada perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia, B.J. Habibie di sini semalam.

Habibie berada di sini untuk lawatan kerja sehari ke Malaysia yang bertujuan meningkatkan hubungan dua hala. --BERNAMA


Last changed: August 26, 1999