[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Universiti Tunku Abdul Rahman Akan Menyusul Pula

Date: 26 Aug 1999
Time: 10:53:18
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Kepala Taik buat pengumuman ini atas beberapa sebab. Yang pertama kununnya dia juara melayu. Yang keduanya ia satu gimik politik. Yang ketiga, dia telan ludahannya kerana tempoh hari dia kata orang melayu tidak boleh maju. Yang keempat dia nak ambil hati kakitangan akademik ITM supaya sokong BN sebab dia tahu banyak tenaga pengajar ITM yang tidak sokong kerajaan.

Apa Si Kepala Taik nak buat kalau Kolej Tuanku Abdul Rahman nak pohon jadi universiti?

Jangan terkejut perkara ini akan berlaku.

======================================================================================================================================================== INSTITUT TEKNOLOGI MARA DINAIK TARAF MENJADI UNIVERSITI

SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi sebuah universiti dan akan menukarkan namanya menjadi Universiti Teknologi Mara.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berpendapat perkara itu ditangguhkan terlalu lama sedangkan ITM kini sudah berkembang pesat dan melahirkan ramai siswazah yang telah mencapai kejayaan cemerlang serta memainkan peranan penting membangunkan negara.

Beliau berkata butir terperinci mengenai kenaikan taraf itu seperti peraturan pertukaran nama, bayaran yuran, peraturan universiti, pengambilan pelajar dan sebagainya akan dikaji dan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kemasukan pelajar ke institut ini masih tetap dibuka hanya kepada kaum bumiputera," katanya dalam persidangan berita selepas berucap pada Perhimpunan Perdana Siswazah ITM di Stadium Melawati, di sini hari ini.

Dr Mahathir telah mengumumkan mengenai kenaikan taraf itu dalam ucapannya yang disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 20,000 orang yang hadir. Mereka terdiri tenaga pengajar dan pelajar serta bekas pelajar.

Perdana Menteri berkata apa yang penting adalah bagi kerajaan memastikan bahawa kenaikan taraf itu tidak menghalang peluang pelajar untuk masuk ke institut tersebut sebagaimana sebelumnya.

Ditanya mengenai cadangan supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 dimansuhkan, Dr Mahathir berkata beliau tidak nampak bagaimana akta itu boleh menghalang penuntut daripada belajar.

"Ia (akta) menghalang penuntut daripada melakukan kegiatan yang tiada berkaitan dengan pelajaran. Kita mahukan supaya mereka gunakan masa sepenuhnya untuk penguasaan ilmu yang sangat penting kepada pembangunan negara," katanya.

Perdana Menteri berkata ia merupakan sesuatu yang tidak adil apabila negara membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk memberi peluang kepada mereka menimba ilmu sedangkan pelajar tidak berminat untuk belajar.

"Kumpulan minoriti pelajar yang membuat kacau, membantah akta dan sebagainya merupakan pelajar yang tidak berminat untuk belajar, dan ia tidak adil kepada orang ramai yang membayar mereka untuk belajar," katanya.

Dr Mahathir berkata ITM merupakan satu institusi yang unik kerana tiada sebuah pun negara maju yang mempunyai sebuah institusi yang mempunyai fungsi yang serupa dengan ITM.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri berkata siswazah ITM kini memikul tanggungjawab lebih berat setelah institusi itu dijadikan sabagai sebuah universiti.

"Ia menjadi universiti, bukan kerana namanya, tetapi kerana mutu pelajarannya," katanya.

Dr Mahathir berkata kelewatan kerajaan menaikkan taraf institut itu kerana ia berpendapat bahawa ITM masih perlu untuk mengeluarkan graduan peringkat diploma untuk menampung keperluan negara.

Beliau berharap ITM terus berkembang maju dan membawa pembangunan kepada orang Melayu serta bumiputera, dan berharap pelajarnya akan mampu "menggoncang dunia pada masa akan datang". -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999