[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Masjid Putra Jaya Di Salahgunakan

Date: 26 Aug 1999
Time: 23:51:19
Remote User: -

Comments

Ulasan

Selalu kedengaran suara-suara pemimpin UMNO terhadap para pemimpin PAS khususnya di Kelantan kerana menyalahgunakan masjid. Tapi dengan bangganya mereka salahgunakan Masjid Putra Jaya malam tadi.

Apabila sesak baru nak minta Allah swt tapi dalam masa yang sama mendukung progam dan aktiviti yang menyalahi ajaran Allah swt.

Setuju atau tidak, itulah realitinya. Kalau sendiri yang lakukan jangan pula tuduh salah atas perbuatan yang sama.

============================================================================================================================== ABDULLAH HADIR MAJLIS SAMBUTAN 50 TAHUN PEMUDA/WANITA UMNO

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di majlis kesyukuran sempena ulang tahun UMNO ke-50 di Masjid Putra Jaya di sini malam ini. Turut hadir ialah pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talip dan juga Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mohtar Ahmad. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Putra Jaya Tan Sri Abdul Kader Talip (dihadapan sebelah kiri).

PUTRAJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunaikan solat hajat bersama-sama 8,000 orang jemaah bersempena sambutan 50 tahun Pemuda dan Wanita Umno di Masjid Putrajaya, malam ini.

Abdullah yang juga Naib Presiden Umno melahirkan rasa syukurnya kerana majlis solat hajat sempena sambutan itu dihadiri oleh ramai jemaah.

"Minta selamat dunia dan akhirat ..." katanya selepas menunaikan solat hajat itu. Turut hadir menunaikan solat hajat itu adalah Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pergerakan Wanita Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob turut hadir. -- BERNAMA


Last changed: August 26, 1999