[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Awang, Soal Mana Yang Kulit?

Date: 27 Aug 1999
Time: 00:24:41
Remote User: -

Comments

Awang, Islam bukan bidang kamu dan kamu jangan memandai-mandai. Soal isi di sini adalah soal pencampuran tanpa muhrim bergelap di tengah malam. Bukan soal pakaian, sudu dan garfu sepertimana Si Haman cakapkan. Yang ini baru kulit.

Apakah kamu tidak tahu bahawa majlis sosial yang begini ditegah Allah swt?

==============================================================================================================================

BISIK-BISIK

PRESIDEN Pas, Fadzil Noor menegaskan, partinya tidak akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kedah kerana salah satu acaranya mirip cara orang Kristian menyambut tahun baru.

Bagi Awang, hal seperti ini lebih merupakan soal kulit, bukan soal isi. Sikap dan pendirian seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah.

Untuk hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kita kenalah banyak bertolak ansur dan tidak bersikap ekstrim.

Jika perkara sekecil itu pun hendak dijadikan masalah, susahlah. Jika semua tentang Kristian kita perlecehkan, apa perasaan penganut agama itu?

Mereka tentu bertanya di mana tempat mereka jika Pas berkuasa.

Awang - Di mana toleransi Pas?.


Last changed: August 27, 1999