[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Perlukan Sokongan Sebab Pilihanraya.

Date: 27 Aug 1999
Time: 02:24:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Setelah gagal mendapat kerjasama yang bermakna dari China, Si Kepala Taik begitu desperate untuk mendapat sokongan supaya dia boleh adakan pilihanraya umum dengan cepat dalam tahun ini.

Rakyat tahu bahawa perkembangan ekonomi Malaysia bukan disebabkan kawalan ringgit dan kawalan modal tapi disebabkan perkembangan serantau. Negara-negera yang menerima bantuan IMF juga berkembang ekonomi iaitu Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Hati Si Kepala Taik berdebar-debar menjelang 1 September.

============================================================================================================================== DR MAHATHIR DAN KRUGMAN AKAN MENILAI PEMULIHAN EKONOMI

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bersama pakar ekonomi antarabangsa Paul Krugman akan menghadiri satu dialog hari ini untuk menilai ekonomi Malaysia dan memastikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berjalan lancar.

Dialog tertutup itu yang merupakan sebahagian daripada seminar bertajuk, "Ramalan Perniagaan Malaysia" dianjurkan oleh Strategic (M) Sdn Bhd. Ia akan disertai 120 pegawai kanan, termasuk Menteri-menteri, pegawai-pegawai kerajaan dan eksekutif-eksekutif sektor swasta.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan sesi tertutup itu yang akan dikendalikan oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Lin See Yan.

Antara yang akan menghadiri seminar itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed dan juga Gabenor Bank Negara Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Yang lain ialah Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Encik Ali Abdul Kadir, Presiden Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican dan Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Seminar itu akan membuat pernilaian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara dan memastikan langkah-langkah itu berjalan lancar ke arah pemulihan sepenuhnya.

Antara topik yang akan dibincangkan ialah Asia dalam persekitaran baru ekonomi dan prospek bagi perniagaan Malaysia.

Krugman dijangka mengadakan persidangan berita petang ini. --BERNAMA


Last changed: August 27, 1999