[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

IKIM Kata Islam tidak larang pengklonan manusia

Date: 27 Aug 1999
Time: 02:36:50
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa ini? Lidah kelu untuk berkata. Apa sudah jadi dengan IKIM? Mazhab barukah?

Wahai umat Islam, bangkitlah.....sebelum bala datang kepada kita dari Allah swt.

============================================================================================================================== Islam tidak larang pengklonan manusia

KUALA LUMPUR, Khamis - Pengklonan manusia tidak dilarang Islam kerana ia juga adalah satu cabang ilmu Allah kepada umat manusia, kata Penolong Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha manusia menghasilkan manusia lain melalui kaedah itu juga tidak boleh dianggap sebagai mencabar ketentuan Allah kerana tiada ilmu manusia yang boleh mengatasi kekuasaan Allah.

Katanya, ini kerana sejauh mana juga kepandaian manusia mencipta manusia lain, ia hanyalah secara fizikal tetapi yang menghidupkannya dengan memberi nyawa atau roh hanyalah Allah.

Selain itu, Dr Abdul Monir berkata banyak peristiwa dalam sejarah Islam sendiri memberi contoh kepada kemungkinan berlakunya pengklonan manusia seperti kisah kejadian wanita pertama di dunia iaitu Hawa yang dihasilkan daripada tulang rusuk Nabi Adam.

"Walaupun kebanyakan daripada kita melihat kisah ini sebagai satu kekuasaan Allah, ia sebenarnya menceritakan lebih daripada itu. Kejadian Hawa ini mengajar manusia akan satu lagi cabang ilmu Allah untuk diterokai manusia, iaitu ilmu pengklonan.

"Begitu juga dengan kisah Nabi Isa yang tiada berbapa. Ia mungkin ada kaitan dengan pengklonan," katanya.

Fellow Kanan Ikim, Dr Abu Bakar Abdul Majeed, berkata Dr Ibrahim Syed dari Yayasan Penyelidikan Islam, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, juga pernah berkata berdasarkan al-Quran atau Hadis, pengklonan manusia tidak diharamkan.

Katanya, walaupun pengklonan diterima sebagai satu ilmu yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya, masih belum ada pendapat yang selaras di kalangan ulama berhubung perkara itu.

Beliau berkata, walaupun ada ulama yang menerima kemajuan dunia sains itu, masih ramai ulama yang mengatakannya haram berdasarkan firman Allah seperti yang bermaksud: 'Dan aku ciptakan sesuatu itu berpasangan, moga-moga mereka beringat.'


Last changed: August 27, 1999