[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Cara Shahidan Laksana Hukum

Date: 27 Aug 1999
Time: 04:13:45
Remote User: -

Comments

QURAN DAN HADIS JADI SANDARAN JAMINAN PEMINJAM

KANGAR, 27 Ogos (Bernama) -- Ketika kebanyakan peminjam sukar mendapatkan penjamin, Perlis memperkenalkan sistem yang kelihatan lebih mudah tetapi penuh tanggungjawab iaitu Al Quran dan Hadis.

Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, setiap peminjam bagi dana pertanian, ternakan dan keusahawanan hanya bersandarkan kepada Al Quran dan Hadis ketika membuat pinjaman itu.

Sebagai peminjam tanpa penjamin individu, mereka wajib menunaikan tanggungjawab untuk membayarnya semula pinjaman mengikut jadual.

"Mereka yang tidak membayar hutang akan menanggung dosa. Ia jelas terkandung dalam Al Quran dan Hadis," kata Shahidan ketika menyampaikan pinjaman dana pertanian, penternakan dan keusahawanan kepada lebih 50 penerima di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1.5 juta untuk dana pertanian manakala dana ternakan sebanyak RM650,000 dan dana keusahawanan sebanyak RM1 juta sejak dua tahun lalu.

Sehingga kini sebanyak 68 permohonan pinjaman telah diterima untuk dana pertanian, 60 dana ternakan dan 10 permohonan bagi dana keusahawanan.

Menteri Besar berharap, para penerima pinjaman itu mengotakan janji mereka untuk menjadi peminjam yang berdisplin dan bertakwa.

Mereka juga dilarang meletakkan lambang parti politik pada premis perniagaan mereka kerana ia boleh menjejaskan perniagaan. -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999