[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kadir Bohongi Rakyat

Date: 27 Aug 1999
Time: 04:18:25
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dari segi statistik Kelantan berjaya menarik ramai pelancong berbanding negeri-negeri lain walaupun tidak mendapat pertolongan dari kerajaan pusat kerana perbezaan fahaman politik.

Ini Kadir tidak boleh nafi.

Jangan bohongi rakyat sebab rakyat berpegang kepada statistik rasmi yang terkini.

============================================================================================================================== DASAR TIDAK SELARI HALANG KEMAJUAN INDUSTRI PELANCONGAN DI KELANTAN

KOTA BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Kelantan mempunyai banyak peluang untuk muncul sebagai sebuah negeri termaju dalam bidang pelancongan tetapi ia terhalang oleh dasar kerajaan negeri PAS yang tidak selari dengan kerajaan pusat, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata kurangnya kerjasama daripada kerajaan negeri telah menyebabkan pelbagai program yang diatur oleh kerajaan pusat terpaksa ditangguhkan.

"Kalau ada pelbagai sekatan maka sukar bagi kita untuk memujuk pelancong datang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa khas Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Bukit Marak, dekat sini, hari ini.

Abdul Kadir berkata Kelantan mempunyai produk pelancongan menarik seperti pantai, tasik dan sungai yang indah serta kawasan tanah tinggi, yang jika dimajukan, akan menarik ramai pelancong, dibantu pula dengan kemesraan penduduknya.

Bagaimanapun semua produk itu sukar dimajukan kerana akan membabitkan peruntukan besar yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri dan yang tidak mampu disediakan sendiri oleh kerajaan Klantan. -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999