[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Majlis Sama, Laporan Berbeza..

Date: 27 Aug 1999
Time: 04:27:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berbanding dengan laporan AFP, laporan Bernama ini cukup berbeza walaupun bagi majlis yang sama. Maka rakyat harus bersifat kritis dengan maklumat ini.

Apapun Si Kepala Taik tetap kita turunkan.

============================================================================================================================== KRUGMAN SOKONG KAWALAN MALAYSIA TETAPI KATA MASANYA TELAH LUPUT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ahli ekonomi antarabangsa Prof Paul Krugman menyokong penuh kawalan modal Malaysia, sambil menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah tepat dalam melaksanakannya.

"Bagaimanapun, masa kawalan itu telah luput," katanya. "Setiap orang membuat banyak kesilapan di sini, tetapi amat sedikit kesilapan yang berniat jahat. Tetapi tidak Tabung Matawang Antarabangsa (IMF), mereka telah gagal sama sekali," katanya semasa persidangan akhbar selepas perasmian seminar mengenai Ramalan Perniagaan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau menjangka pengaliaran keluar yang besar modal daripada negara ini apabila tiba 1 Sept 1999, katanya: "saya tidak menjangka adanya kejutan. Jika terdapat pengaliran keluar yang besar sekitar dua bilion dolar, ia tidak seharusnya mengejutkan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rizab yang amat besar.

"Kawalan modal itu tidak menjejaskan, cuma kerosakan akan terkumpul beransur-ansur lambat laun. Oleh itu apabila datang 1 Sept, tiada yang buruk akan berlaku."

Krugman juga berkata isu kawalan di Malaysia adalah cuma bersifat tanggapan.

"Jika seseorang sedar bahawa kawalan modal diwujudkan bagi membendung aliran masuk wang panas daripada masuk, maka pelaburan langsung asing (FDI) seharusnuya mulai mengalir ke dalam negeri ini," katanya.

"Seseorang seharusnya percaya bahawa kawalan itu cuma untuk mengekang wang panas yang tidak dikehendaki," katanya.

"Malaysia adalah sebuah negara yang pada asasnya memuaskan dan sebuah tempat yang menarik bagi FDI.

Katanya: "Malaysia juga mahu menjadi sebahagian daripada ekonomi global dan memihak kepada globalisasi." -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999