[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Nyanyuk hari ini, Apa pasal?

Date: 27 Aug 1999
Time: 04:35:11
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berita ini melaporkan bahawa Pak Lah nampak nyanyuk hari ini. Perkara belum putus dia sudah cakap. Ini lawan Si Kepala Taikkah?

Dia juga menolak anggapan bahawa pengundi hantu wujud di Malaysia samada dari kaum China, Filipina, Bangladesh dan Indonesia sedangkan SPR sendiri mengaku akan kewujudannya.

Oleh itu, siapa yang betul? Yang pasti Pak Lah nyanyuk hari ini.

============================================================================================================================== BN ADAKAN PERHIMPUNAN BESAR SAMBUT ULANG TAHUN KE-25

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran sempena sambutan ulang tahunnya ke-25, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Abdullah, yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata tarikhnya bagaimanapun belum ditetapkan lagi kerana persediaan belum siap.

"Kita mempunyai tempoh yang panjang kerana sambutan itu berjalan dari 1 Jun ini hingga 5 Jun tahun depan. Bila dah siap semua baru kita tetapkan tarikh.

"(Apa yang) kita hendak tekankan ialah ia bukan satu pesta besar-besaran, itu bukan caranya. (Perhimpunan itu) sekadar memperingati, itu yang penting, apa yang dicapai oleh BN selama ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa sambutan di ibu pejabat BN di sini.

Beliau berkata perhimpunan itu satu acara yang dianggap penting bukan sahaja oleh anggota BN tetapi juga rakyat kerana mereka mahu mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi BN, yang merupakan acara kemuncak majlis itu.

Katanya jemputan mungkin dibuat kepada tokoh-tokoh dari luar negeri untuk menghadiri perhimpunan itu tetapi keputusan belum dibuat.

Ketika mengulas tema sambutan ulang tahun itu `Teguh Padu ke Alaf Baru', Abdullah berkata keteguhan BN tidak boleh dipertikaikan lagi dan dalam keadaan teguh yang berasaskan muafakat dan kerjasama itulah BN akan menuju ke alaf baru.

Menjawab pertanyaan pemberita sama ada perhimpunan itu akan menjadi tapak pelancaran kempen pilihan raya BN, beliau berkata "ia tidak semestinya, selagi ada waktu dan belum pilihan raya, BN akan terus berkempen."

Beliau juga menolak dakwaan parti pembangkang bahawa langkah kerajaan mempermudahkan pengeluaran visa bagi para pelancong China ke negara ini baru-baru ini bertujuan memudahkan `pengundi hantu' mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Mana ada `phantom voters' (pengundi hantu) di negara kita, mengarut sahaja (kenyataan itu) untuk bercakap saja, tak masuk akal," katanya.

"Rakyat negara ini sudah cukup, rakyat Malaysia pun tahu dah siapa hendak diundi... kita tidak perlu pengundi hantu dari China untuk mengundi kita pada pilhan raya," kata beliau. -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999