[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bagaimana Dengan Fitnah Politik Dalam Media Kroni?

Date: 27 Aug 1999
Time: 04:41:43
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita tahu bahawa surat khabar menjadi satu sumber pengetahuan kepada murid-murid sehingga beberapa media kroni memberi langganan percuma kepada sekolah-sekolah.

Bukankah media-media kroni ini menyediakan berita palsu dan fitnah bohong terhadap parti-parti alternatif?

Bukankah murid-murid ini juga membaca berita-berita palsu ini?

Jadi jangan tunjuk alimlah.

============================================================================================================================== KEMENTERIAN SIASAT GURU EDAR AKHBAR PEMBANGKANG DI SEKOLAH

MENTAKAB, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan berhubung pembabitan "seorang dua" guru menghasut pelajar dan menyebarkan akhbar parti pembangkang di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Fong Chan Onn hari ini berkata jika didapati benar, tindakan disiplin termasuk menukar guru-guru terbabit, boleh diambil berdasarkan peraturan perkhidmatan perguruan.

Semasa ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baru SJK (C) Yeow Cheng Luan di sini, beliau berkata kementerian telah menerima sungutan daripada ibubapa berhubung pembabitan guru dengan pihak pembangkang.

"Walaupun jumlahnya tidak begitu ramai tetapi ia boleh menjejaskan imej perkhidmatan perguruan yang sepatutnya mengutamakan tugas sebagai pendidik anak bangsa agar menjadi anggota masyarakat yang berguna," kata Fong. -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999