[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kebebalan Si Kepala Taik Berterusan

Date: 27 Aug 1999
Time: 08:47:58
Remote User: -

Comments

KAWALAN AKAN KEKAL, KATA DR MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kawalan pertukaran Malaysia akan kekal kerana sistem kewangan antarabangsa masih belum direformasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Dalam senario di mana sistem kewangan masih dipenuhi bahaya kerana pedagang matawang yang tidak bertanggungjawab masih belum dikawal, Dr Mahathir berkata sembil menambah beliau yakin teguh bahawa serangan matawang masih berlaku.

Walaupun serangan-serangan tidak dibuat, bahayanya masih mnghantui kita dan kita perlu berhati-hati, katanya pada satu mesyuarat pagi mengenai ekonomi Malaysia yang dihadiri oleh 120 pegawai-pegawai kanan sektor awam dan swasta termasuk peserta-peserta asing di sini.

Dr Mahathir berkata dagangan matawang adalah 20 kali lebih besar daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan dunia, tetapi hanya beberapa ribu orang yang amat kaya sahaja meraih keuntungan berbilion-bilion dalam masa semalaman, tetapi hampir tiada siapapun mendapat peluang pekerjaan atau peluang perniagaan.

"Melindung nilai hanya meningkatkan kos perniagaan, tetap yang paling dahsyat ialah dagangan matawang telah memusnahkan seluruh ekonomi, negara dan rantau, menjadikannya tidak stabil dari segi politik dan mengakibatkan kesengsaraan tidak terhingga bagi beratus-ratus juta orang," katanya.

Perdana Menteri berkata keuntungan yang diraih oleh pedagang-pedagang ini sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada kekayaan negara yang telah mereka musnahkan.

"Jadi, kenapa kita harus melindungi mereka, kenapakah kumpulan tujuh negara industri (G-7) begitu bimbangkan kebajikan mereka, sehinggakan pemulihan ekonomi dunia terpaksa ditangguhkan," kata Dr Mahathir.

Pakar ekonomi antarabangsa yang terkenal, Professor Paul Krugman, yang turut hadir pada mesyuarat itu, berkata beliau yakin satu struktur kewangan dunia tidak akan wujud.

"Ini agak menyedihkan kerana saya telah menganggotai banyak kumpulan kerja mengenai struktur kewangan global, tetapi nampaknya tiada apapun yang dapat dihasilkan," katanya.

"Jadi, saya tidak nampak sebarang perubahan serius berlaku, malah dorongan bagi sebarang perubahan serius juga telah lenyap," kata Krugman. Menjawab satu soalan menganai kebanjiran mudah tunai di seluruh dunia, Krugman berkata Asia tidak lagi tertekan.

Bagaimanapun, katanya mudah tunai mengalir masuk ke pasaran Asia lebih pantas daripada yang dijangkakan.

"Ia meluru masuk seolah-olah segalanya telah selesai," katanya.

Oleh itu, dengan asakan masuk mudah tunai ini, Malaysia umpamanya, bertindak betul dengan mengadakan kawalan modal berpilih. -- BERNAMA


Last changed: August 27, 1999