[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KINI - 20

Date: 27 Aug 1999
Time: 21:31:11
Remote User: -

Comments

KINI - 20 CETAK DAN EDAR

Perhimpunan Alumni ITM Tanda BN Terdesak Shah Alam, Khamis, 26 Ogos - Hari ini Persatuan Alumni ITM, yang dipimpin Ibrahim Ali, akan mengadakan perhimpunan di Stadium Melawati, kononnya untuk memperingati perjuangan orang Melayu. Perhimpunan ini akan diresmikan oleh Perdana Menteri. Tujuan perhimpunan ini ialah untuk memuji dan mengampu beliau.

Walau bagaimanapun, para lepasan ITM telah memberi sambutan dingin kepada sambutan ini. Akhirnya, pihak penganjur terpaksa mengerah para pensyarah untuk menghadirinya. Akan tetapi, hampir semua pensyarah telah mengambil keputusan untuk tidak menyertainya. Sebaliknya, kebanyakan mereka telah membuang kad jemputan ke dalam bakul sampah. Malahan, semua ustaz-ustaz yang dijemput untuk membaca doa pada majlis itu turut menolak jemputan itu. Oleh kerana terdesak, Ibrahim dan ITM telah memaksa semua pelajar institusi berkenaan untuk menghadiri perhimpunan ini. Untuk memastikan semua pelajar hadir, semua kuliah dibatalkan hari ini. Bas-bas telah disewa untuk mengangkut pelajar ke perhimpunan ini. Mulanya, ITM telah diminta membiayai seluruh kos perhimpunan ini. Kosnya mencapai RM500,000. Bendahari ITM telah menolak permintaan ini kerana ITM sememangnya tidak mempunyai wang. Syabas Bendahari ITM!

Akhirnya, penganjur terpaksa mencari penaja lain. Sebahagian besar dari wang RM500,000 telah dibelanjakan untuk memasang kain rentang dan banner di sepanjang lebuhraya dari Petaling Jaya dan Kelang ke arah Shah Alam mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri. Kontrak membekal kain rentang dan banner diberikan kepada.... sila teka... syarikat yang dimiliki isteri Ibrahim Ali sendiri.

Amboi, hebatnya semangat pengorbananmu Ibrahim! Kesukaran Ibrahim mendapatkan peserta menghadiri perhimpunan ini menunjukkan betapa tenatnya keadaan kredibiliti BN. Akhirnya, para pelajar terpaksa dipaksa. Sebelum ini, Perdana Menteri telah mencemuh dan menghina pelajar-pelajar Melayu kerana kononnya mereka ini tidak berminat terhadap pelajaran dan yang suka berpolitik dan berdemonstrasi. Kali ini, Putera Katak Perdana Menteri sendiri yang membatalkan sehari pengajian mereka dan memaksa mereka keluar berpura-pura berdemonstrasi menyokong dan menyanjung Perdana Menteri. Semua ini hanyalah satu lakonan terdesak BN yang semakin ditolak rakyat.

Mereka telah menghina pelajar dan professor Melayu. Kemudian mereka menghina masyarakat India apabila mempersoalkan pekerja-pekerja estet. Awal bulan ini, BN telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila memutuskan untuk memaksa penggabungan bank-bank. Masyarakat Cina melihat tindakan ini sebagai menjejaskan bank-bank milik Cina dan sebaliknya memusatkan kuasa dalam industri perbankan ke tangan Daim dan mereka yang rapat dengannya.

Yang masih menyokong BN hanyalah mereka yang berkepentingan atau masih berpegang kepada nilai-nilai feudal yang menganggap tindak-tanduk pemimpin tidak boleh dipersoalkan. Barangkali inilah sebabnya Perdana Menteri teragak-agak hendak mengistiharkan pilihanraya.

Ekonomi Pulih, Nasib Rakyat Meleset Apabila Perdana Menteri Dr MAHAFIRAUN Mohamad berkata di Rusia baru-baru ini bahawa keadaan di Malaysia sekarang bertambah baik dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihanraya, satu perkara yang mungkin ada dalam fikiran beliau ialah kedudukan ekonomi negara yang positif. Faktor ekonomi merupakan faktor penting bagi MAHAFIRAUN untuk menentukan BN dapat kembali berkuasa. Banyak faktor politik, termasuk perpecahan dalam UMNO dan isu Anwar Ibrahim, menjadikan BN lemah. Jadi MAHAFIRAUN sangat menumpukan soal ekonomi.

Angka terbaru yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 25 Ogos lalu sangat menyenangkan MAHAFIRAUN dan menaikkan semangat BN. Ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan 4.1% dalam tempoh suku kedua tahun ini (April hingga Jun). Ini kononnya, menandakan, secara rasmi, Malaysia telah menamatkan kemelesetan ekonomi selama lebih dari satu tahun. Sebenarnya, Malaysia merupakan ekonomi terakhir yang mula pulih di rantau ini. Kegawatan telah tamat pada tahun 1998, dan ekonomi lain di rantau ini (Korea Selatan, Filipina, Negeri Thai, malah Indonesia juga) semua telah mula pulih pada sukutahun pertama (Januari-Mac) 1999 - kecuali Malaysia! Bila ekonomi meleset, mesti dua sukutahun sebelum diiktiraf meleset, tetapi bila pulih, menurut Bank Negara, hanya satu sukutahun yang perlu. Yang lebih membimbangkan, ekonomi hanya kembang pada April dan Mei, dan mengecut sedikit pada bulan Jun dibanding dengan Mei. Oleh demikian, MAHAFIRAUN sendiri tidak yakin ekonomi dapat pulih lebih dari 1% bagi seluruh tahun 1999. Yang ghairah sangat hanya pemain kompang seperti Gabenor Bank Negara.

Pada hari yang sama, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen kepada pemegang Unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sebanyak 10.2%, dengan harapan BN akan mendapat sokongan orang muda dan ibu-bapa mereka. Banyak pengumuman-pengumuman seperti ini akan kedengaran dalam masa terdekat ini. Semakin pilihanraya dekat, semakin kerap kerajaan yang diperintah oleh BN mengumumkan itu dan ini kepada rakyat sebagai imbuhan. Tujuannya tentulah boleh difahami oleh rakyat sendiri. Politik jenis ini semacam rasuah juga. Helah BN BN selama ini memang mengamalkan dua pendekatan untuk terus berkuasa. Pertama, BN menggunakan kaedah pecah dan perintah. Dengan ancaman dan ugutan, rakyat berbilang kaum disogok dengan politik dan ideologi perkauman sempit yang menimbulkan perpecahan. Kemudian untuk mengekalkan kestabilan, BN muncul untuk menyatukan rakyat yang telah terpecah-pecah itu, kononnya untuk keharmonian dan keamanan. Kaedah kedua bagi BN ialah pendekatan umpan dan rotan (carrot and stick). Sebagai contoh, elaun RM600 bagi kakitangan awam secara beransur-ansur, kenaikan dividen dan pencen, penghumuman projek rumah kos rendah di sana sini, semuanya merupakan umpan BN yang memerintah kepada rakyat, terutamanya kepada lebih 9 juta penggundi. Gambaran angka-angka dari Bank Negara dan pelbagai pengumuman dari bermacam institusi itu bolehlah diterima sebagai fakta yang benar. Tetapi apabila kemelesetan negara berakhir dan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.1% dicatatkan di atas kertas, soalan yang timbul adakah sudah selesai masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat? Misalan, apabila ASW 2020 memberikan dividen 10.2% bagi tahun ini, adakah lebih 20 juta rakyat akan turut menikmatinya?

Tamat

Untuk menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong ke: kini-malaysia-subscribe@egroups.com the-malaysian-subscribe@egroups.com

Untuk keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag kosong ke: kini-malaysia-unsubscribe@egroups.com the-malaysian-unsubscribe@egroups.com

Sila lawat laman kami di: http://kini.webjump.com/ http://berita.webjump.com/


Last changed: August 27, 1999