[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ketawakan Ku Li

Date: 27 Aug 1999
Time: 21:57:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kasihan sungguh Ku Li ketika ini sebab tugasnya di Kelantan amat berat. Apa nak buat dia sanggup jadi kuli Si Kepala Taik.

"Selain manifesto BN yang akan dikeluarkan oleh ibu pejabat Umno, kita juga membentuk manifesto khas bagi perjuangan di Kelantan. Antara yang difikir layak dimuatkan di dalamnya ialah penubuhan sebuah universiti di negeri ini.

"Rakyat Kelantan memang sudah lama menunggu penubuhan universiti di negeri ini tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana perubahan kerajaan dan tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.

"Dengan persetujuan Perdana Menteri, saya beranikan diri untuk maklumkan bahawa kalau BN memenangi pilihan raya umum akan datang, kita akan tubuhkan Universiti Sains dan Teknologi yang mirip kepada perkembangan teknologi maklumat," katanya selepas majlis ceramah di Cabang Empat Kampung Bayam di sini, malam tadi.

KU LI LUPA TENTANG USM CAWANGAN KELANTAN. NILAM PURI DENGAN UM. DIA LUPA BAHAWA RAKYAT KELANTAN TIDAK LIHAT INI SEMUA DIA INGAT ELOKKAH ADAKAN SATU UNIVERSITI KHAS UNTUK RAKYAT KELANTAN? INI LARI DARIPADA PERLEMBAGAAN NEGARA.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa Bumiputera di IPT tempatan adalah dari Kelantan manakala hampir 20 peratus pensyarahnya juga berasal dari negeri inii," katanya.

BARU SEDAR? MEMANGLAH KU LI HIDUP DALAM LAMUNAN. MEREKA INI BANYAK MENYUMBANG KEPADA NEGARA WALAUPUN KERAJAAN KELANTAN MILIK PAS. ORANG KELANTAN LAIN.

"Bagi saya, bilangan ini adalah besar dan amat wajar bagi Kerajaan Pusat mempertimbangkan cadangan penubuhan sebuah universiti di Kelantan kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan penyampaian ilmu kepada rakyat negeri ini," katanya.

INI ADALAH SATU GIMIK POLITIK SEMATA-MATA. RAKYAT KELANTAN TIDAK KELIRU.

============================================================================================================================== Universiti di Kelantan jika BN menang

KOTA BHARU, Jumaat - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bersetuju menubuhkan sebuah universiti berteraskan sains dan teknologi di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau sudah menemui Perdana Menteri beberapa hari lalu bagi membincangkan perkara itu dan Dr Mahathir bersetuju supaya agenda berkenaan dimuatkan dalam manifesto khas BN di Kelantan.

"Selain manifesto BN yang akan dikeluarkan oleh ibu pejabat Umno, kita juga membentuk manifesto khas bagi perjuangan di Kelantan. Antara yang difikir layak dimuatkan di dalamnya ialah penubuhan sebuah universiti di negeri ini.

"Rakyat Kelantan memang sudah lama menunggu penubuhan universiti di negeri ini tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana perubahan kerajaan dan tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.

"Dengan persetujuan Perdana Menteri, saya beranikan diri untuk maklumkan bahawa kalau BN memenangi pilihan raya umum akan datang, kita akan tubuhkan Universiti Sains dan Teknologi yang mirip kepada perkembangan teknologi maklumat," katanya selepas majlis ceramah di Cabang Empat Kampung Bayam di sini, malam tadi.

Tengku Razaleigh berkata, beliau sudah menemui profesor dan pensyarah dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) yang diberi tanggungjawab menyediakan kertas kerja berhubung cadangan membina universiti di Kelantan.

Beliau berkata, golongan terbabit mencadangkan universiti itu memulakan pengambilan pelajar seawal tahun 2000 bagi menampung kebanjiran mahasiswa.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa Bumiputera di IPT tempatan adalah dari Kelantan manakala hampir 20 peratus pensyarahnya juga berasal dari negeri inii," katanya.

"Bagi saya, bilangan ini adalah besar dan amat wajar bagi Kerajaan Pusat mempertimbangkan cadangan penubuhan sebuah universiti di Kelantan kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan penyampaian ilmu kepada rakyat negeri ini," katanya.


Last changed: August 27, 1999