[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bukan Kroni Tapi Kroni Angkat Kut....

Date: 28 Aug 1999
Time: 09:57:15
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya kenyanyukan Si Kepala Taik sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Ada kemungkinan dia akan duduk di wad psikiatri kira bintang dan bulan.

Mana boleh kita setuju dengan pendapat dia bahawa umat bumiputraadalah kroninya. Berapa juta yang kita dapat? Berapa banyak saham? Berapa banyak proijek? Siag-siang hari dia tipu kita? Dia ingat kita tolol dan bahalol.

"Penswastaan ini telah menunjukkan kejayaan yang cukup baik berbanding dengan penswastaan di negara-negara lain," kata beliau pada majlis menandatangani perjanjian penswastaan dan pembangunan di antara kerajaan negeri Johor dan Konsortium Hujung Tanah Sdn Berhad untuk pembangunan di Tanjung Puteri, di sini.

SIAPA YANG DAPAT PROJEK-PROJEK INI? SIAPA SYARIKAT GERGASI ITU? BUKANKAH MEREKA INI KRONI KAMU YANG SEBENAR? MENGAPA KAMU TERUK SANGAT?

"Kita tidak ada hutang negara. Dan kita tidak perlu jual harta kita kepada orang asing untuk mendapat wang membayar hutang," kata Dr Mahathir.

INI SATU PEMBOHONGAN. KITA CABAR SI KEPALA TAIK UNTUK DEDAHKAN BERAPA BANYAK HUTANG NEGARA SEKARANG. DARI BANK DUNIA. DARI ADB. DARI JEPUN.

"Sebab itulah sejak awal lagi orang asing dan media asing mengecam penswastaan di negara kita ini.

"Malangnya, ada sesetengah daripada orang kita sendiri, termasuk juga Bumiputera yang sambut dan turut sama mengecam dasar penswastaan kerajaan," kata beliau.

YANG KITA MARAH SEBAB KAMU BERI PROJEK-PROJEK PENGSWASTAAN KEPADA KRONI-KRONI KAMU. MELAYU ADA. CINA ADA DAN INDIA PUN ADA. KAMU SEBAT SEMUA.

Katanya banyak usahawan Bumiputera yang cekap telah muncul melalui penswastaan "hari ini tidak ada lagi keadaan yang Bumiputera terdapat hanya di peringkat bawah dan menengah sahaja."

"Kini, di peringkat yang tertinggi juga terdapat usahawan Bumiputera yang berkeupayaan memasuki bidang perniagaan yang besar dengan perbelanjaan modal tinggi sehingga berbilion-bilion ringgit," kata beliau.

KITA TANYA LAGI SIAPA MEREKA ITU? MEREKA KRONI DAN ANAK KAMU.

"Malangnya bagi kita ada pihak tertentu yang tidak senang hati melihat kejayaan DEB, melihat Bumiputera telah mencapai kejayaan dan telah membuktikan kebolehan mereka.

"Mereka membuat tuduhan kononnya kerajaan mempunyai pendekatan pilih kasih iaitu memberi peluang-peluang (perniagaan) hanya kepada kroni-kroni mereka (kerajaan)," kata Dr Mahathir.

MEMANG BENAR KAMU YANG BERI KEPADAANAK DAN KRONI KAMU. DEDAHKAN SEMUA FAKTA. KITA TIDAK TENTANG DEB TAPI KAMU YANG KHIANATI DASAR YANG TUN RAZAK BUAT.

"Siapakah kroni-kroni ini? tanya Dr Mahathir.

"Sebenarnya mereka adalah Bumiputera yang telah menunjuk kebolehan mereka."

YA TAPI BUMIPUTERA ITU ADALAH KRONI DAN ANAK KAMU. KAMU TAK BOLEH SANGKAL PERKARA INI.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa usahawan Bumiputera "bukan kawan kepada kerajaan, ataupun anggota kerajaan, ataupun menteri-menteri, ataupun timbalan perdana menteri, ataupun perdana menteri.

"Mereka adalah Bumiputera yang berbakat, yang berkebolehan dan mereka ditolong supaya kita akan dapati di kalangan peniaga dan pengusaha yang terbesar juga, ada Bumiputera di dalam negara kita," kata beliau.

INI SATU PEMBOHONGAN SEBAB ISU INI JUGA TERBIT DALAM PERHIMPUNAN UMNO.KAMU JANGAN BOHONG.

"Siapa sahaja, tidak ambil kira siapa Bumiputera itu, yang mendapat peluang, yang berjaya, maka dianya akan dianggap sebagai kroni.

"Ini bermakna kita tidak boleh memberi peluang kepada sesiapapun kerana kalau kita memberi peluang kepada musuh kerajaan sekalipun, apabila ianya mencapai kejayaan, maka dia akan dianggap sebagai kroni kerajaan," kata Dr Mahathir.

INI ANDAIAN KAMU SEBAB KAMU TAHU BAHAWA ISU INILAH YANG AKAN PERANGKAP KAMU DALAM PILIHANRAYA NANTI.

"Kalau kita tidak boleh pilih sesiapapun kerana tuduhan kroni ini, maka sudah tentu tidak akan ada mana-mana Bumiputera pun yang akan berjaya dan akan mengimbangi kedudukan kaum-kaum lain," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri berkata: "Sebenarnya tidak ada siapa yang menjadi kroni kepada kerajaan melainkan semua Bumiputera di dalam negara kita ini adalah kroni kepada kerajaan."

KAMU BOHONG. SEMUA PROJEK PENGSWASTAAN PERGI KE EPU. TIADATENDER TERBUKA. YANG DAPAT KRONI DAN ANAK KAMU.

"Penswastaan merupakan satu peluang yang baik bagi kita memberi peluang kepada Bumiputera supaya dapat memasuki dalam bidang perniagaan besar dengan agak lebih mudah daripada biasa," kata Dr Mahathir.

YA TAPI KAMU YANG BUAT PELUANG UNTUK DIREBUT OLEH KRONI DAN ANAK KAMU.

"Kita tahu dalam perniagaan ada apa yang dikatakan "networking" dan kita tahu apabila satu-satu kaum menguasai perniagaan, maka mereka akan menolong kaum mereka sendiri," katanya.

KALAU BENAR KITAADA BAKAT TENTU SEKALI KITA MAMPU BERSAING.TAPI KENAPA BILA RUGI KERAJAAN YANG TANGGUNG. SEBAB MEREKA KRONI KAMU. BANYAK LAGI USAHAWAN BUMIPUTERA YANG KAMU TIDAK MAHU TOLONG.

Kita sangkal pendapat Si KepalaTaik ini kerana kita semua bukan kroni sebenar. Kita kroni angkat, agaknya.

==============================================================================================================================MAHATHIR: SEMUA BUMIPUTERA ADALAH KRONI KERAJAAN

JOHOR BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak akan mengizinkan penyertaan orang asing dalam projek penswastaan melainkan sebagai rakan minoriti, kerana ingin memberi peluang yang lebih kepada orang tempatan, khususnya masyarakat Bumiputera.

Sambil berkata bahawa semua usahawan Bumiputera adalah "kroni" kerajaan, Perdana Menteri menekankan penswastaan telah berjaya menghasilkan usahawan Bumiputera yang cekap dan berdaya maju.

"Penswastaan ini telah menunjukkan kejayaan yang cukup baik berbanding dengan penswastaan di negara-negara lain," kata beliau pada majlis menandatangani perjanjian penswastaan dan pembangunan di antara kerajaan negeri Johor dan Konsortium Hujung Tanah Sdn Berhad untuk pembangunan di Tanjung Puteri, di sini.

Dr Mahathir berkata makna penswastaan untuk negara-negara berkenaan ialah "menjual aset-aset negara kepada orang asing untuk mendapatkan tukaran asing bagi membayar hutang negara."

Keadaan sedemikian tidak wujud di Malaysia kerana negara tidak mempunyai hutang, katanya.

"Kita tidak ada hutang negara. Dan kita tidak perlu jual harta kita kepada orang asing untuk mendapat wang membayar hutang," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan telah memberikan projek penswastaan kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera supaya rakyat akan mendapat nikmat sepenuhnya daripada proses penswastaan.

"Sebab itulah sejak awal lagi orang asing dan media asing mengecam penswastaan di negara kita ini.

"Malangnya, ada sesetengah daripada orang kita sendiri, termasuk juga Bumiputera yang sambut dan turut sama mengecam dasar penswastaan kerajaan," kata beliau.

Perdana Menteri berkata mereka (orang tempatan ini) sudah diperalatkan oleh orang asing untuk mengagalkan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu memastikan Bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada ekonomi negara.

Katanya walaupun matlamat 30 peratus itu tidak tercapai dalam tempoh 20 tahun DEB dilaksanakan sehingga 1990, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif termasuk memperkenalkan program penswastaan.

Dr Mahathir berkata tidak dapat dinafikan bahawa pihak swasta dapat menguruskan sesebuah agensi kerajaan yang diswastakan dengan cekap berbanding jika ia diuruskan oleh kerajaan sendiri.

Katanya banyak usahawan Bumiputera yang cekap telah muncul melalui penswastaan "hari ini tidak ada lagi keadaan yang Bumiputera terdapat hanya di peringkat bawah dan menengah sahaja."

"Kini, di peringkat yang tertinggi juga terdapat usahawan Bumiputera yang berkeupayaan memasuki bidang perniagaan yang besar dengan perbelanjaan modal tinggi sehingga berbilion-bilion ringgit," kata beliau.

Keadaan ini telah dapat mengurangkan perasaan dengki dan benci terhadap kaum-kaum lain di kalangan Bumiputera kerana mereka (Bumiputera) juga mendapat bahagian mereka dalam ekonomi dan kekayaan negara.

"Malangnya bagi kita ada pihak tertentu yang tidak senang hati melihat kejayaan DEB, melihat Bumiputera telah mencapai kejayaan dan telah membuktikan kebolehan mereka.

"Mereka membuat tuduhan kononnya kerajaan mempunyai pendekatan pilih kasih iaitu memberi peluang-peluang (perniagaan) hanya kepada kroni-kroni mereka (kerajaan)," kata Dr Mahathir.

Dengan nada tegas, beliau berkata tuduhan-tuduhan itu dibuat kerana mereka tidak ingin melihat kejayaan DEB.

"Siapakah kroni-kroni ini? tanya Dr Mahathir.

"Sebenarnya mereka adalah Bumiputera yang telah menunjuk kebolehan mereka."

Dr Mahathir berkata jika usahawan Bumiputera tidak menunjukkan kebolehan dalam bidang mereka, kerajaan tidak akan memberi peluang lagi kepada mereka.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa usahawan Bumiputera "bukan kawan kepada kerajaan, ataupun anggota kerajaan, ataupun menteri-menteri, ataupun timbalan perdana menteri, ataupun perdana menteri.

"Mereka adalah Bumiputera yang berbakat, yang berkebolehan dan mereka ditolong supaya kita akan dapati di kalangan peniaga dan pengusaha yang terbesar juga, ada Bumiputera di dalam negara kita," kata beliau.

Perdana Menteri berkata tuduhan bahawa mereka adalah kroni hanya bertujuan untuk mengagalkan usaha kerajaan mengimbangi pembangunan antara kaum di negara ini.

"Siapa sahaja, tidak ambil kira siapa Bumiputera itu, yang mendapat peluang, yang berjaya, maka dianya akan dianggap sebagai kroni.

"Ini bermakna kita tidak boleh memberi peluang kepada sesiapapun kerana kalau kita memberi peluang kepada musuh kerajaan sekalipun, apabila ianya mencapai kejayaan, maka dia akan dianggap sebagai kroni kerajaan," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan tidak berniat sama sekali untuk mengamalkan pilih kasih kerana hasrat kerajaan hanya untuk memastikan keseimbangan pembangunan antara kaum.

"Kalau kita tidak boleh pilih sesiapapun kerana tuduhan kroni ini, maka sudah tentu tidak akan ada mana-mana Bumiputera pun yang akan berjaya dan akan mengimbangi kedudukan kaum-kaum lain," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri berkata: "Sebenarnya tidak ada siapa yang menjadi kroni kepada kerajaan melainkan semua Bumiputera di dalam negara kita ini adalah kroni kepada kerajaan."

Kerajaan akan terus membantu usahawan Bumiputera yang berwibawa dan berkebolehan supaya mereka akan lebih berjaya.

"Penswastaan merupakan satu peluang yang baik bagi kita memberi peluang kepada Bumiputera supaya dapat memasuki dalam bidang perniagaan besar dengan agak lebih mudah daripada biasa," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri menarik perhatian bahawa walaupun terdapat usahawan Bumiputera yang telah berjaya tanpa bantuan kerajaan, namun ada juga di kalangan mereka yang terhambat kerana tidak diberi peluang oleh kalangan Bumiputera yang berjaya.

"Kita tahu dalam perniagaan ada apa yang dikatakan "networking" dan kita tahu apabila satu-satu kaum menguasai perniagaan, maka mereka akan menolong kaum mereka sendiri," katanya.

Atas faktor inilah, kerajaan mengambil alih peranan untuk membantu usahawan Bumiputera supaya mereka diberi peluang untuk menceburi bidang perniagaan, kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999