[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Andainya Dia Bukan Anak Si Kepala Taik

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:03:23
Remote User: -

Comments

Ulasan

Andainya kes ini buykan anak Si Kepala Taik tentunya ia jadi lain. Mana ada keadilan selagi Si Kepala Taik perintah? Mahu keadilan tukar kerajaan.Kita bongkar semua kes-kes ini.

============================================================================================================================== STAR PAPYRUS GAGAL DAPATKAN PENGGANTUNGAN PERINTAH

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Star Papyrus Printing Sdn Bhd hari ini gagal untuk mendapatkan penggantungan perintah sementara menunggu keputusan rayuannya berkaitan saman RM150 juta terhadapnya oleh Mirzan Mahathir.

Hakim Datuk Hashim Yusof membuat keputusan itu di kamarnya selepas mendengar penghujahan daripada peguam Datuk V.C. Lingam, bagi pihak Mirzan, dan W.W. Cheong bagi pihak syarikat pencetak itu.

Star Papyrus membuat permohonan itu berikutan keputusan Hashim semalam untuk menolak dengan kos permohonannya untuk penggantungan perintah yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan Terriruddin Mohamed Salleh pada 14 Ogos.

Terriruddin telah memerintahkan syarikat pencetak itu untuk memberikan butiran lanjut kepada Mirzan dan sekiranya ia gagal berbuat demikian sehingga hari ini, pernyataan pembelaannya akan ditolak.

Star Papyrus, anak syarikat Star Publications (M) Bhd yang memiliki akhbar harian The Star adalah pencetak bagi edisi Kuala Lumpur Jurnal Asian Wall Street.

Ia memfailkan notis rayuan terhadap perintah tersebut.

Mirzan anak Perdana Menteri menyaman syarikat pencetak itu berkaitan artikel Asian Wall Street Journal pada 4 Jan bertajuk "Mahathir's Eldest Son Limits Ambitions" (Cita-cita terhad anak sulung Mahathir).

Artikel itu menyiarkan kerjaya Mirzan dan dakwaan bagaimana beliau dibantu oleh bank dan syarikat lain di Malaysia untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

-- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999