[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mana dia tahu?

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:08:19
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Fadzir cuba perjuangkan kebudayaan melayu Kelantan. Orang Keling macam dia mana tahu tentang kebudayaan melayu. Kita tak mahu kebudayaan melayu yang melalaikan itu akan merugikan umah. Itu rasional di sebalik tindakan mengawal kebudayaan yang merugikan. Kalau setakat nak promosi budaya Kelantan, orang Kelantan di luar Kelantan ramai. Mereka juga boleh promote.

============================================================================================================================== KEMENTERIAN TINGKATKAN KEBUDAYAAN KELANTAN

KOTA BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan akan meningkatkan aktiviti kebudayaan Kelantan di peringkat nasional bagi mengelakkan seni budaya negeri ini pupus akibat sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Menterinya, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata langkah itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong menyaksikan seni kebudayaan yang banyak terdapat di Kelantan.

"Seni budaya Kelantan patut diberi peluang kerana mempunyai potensi besar sebagai tarikan pelancong," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Karnival Seni Budaya Kelantan di Peringat, dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa selaku anggota Parlimen Peringat.

Abdul Kadir berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan Pas cuba menyekat penggiat seni Kelantan mengadakan persembahan mereka dengan alasan ianya bercanggah dengan agama.

Katanya tindakan itu bukan sahaja menyekat rezeki golongan penggiat seni tetapi tarikan pelancong asing untuk melawat negara ini.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa kesenian Kelantan memberi kesan negatif terhadap sosial kerana berunsur maksiat.

"Mana ada maksiat, saya tidak nampak ada maksiat, memang fikiran terlalu sempit tak munasabah, jadi ketawa orang saja dengan itu difikir sebagai maksiat," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata Umno mempunyai beberapa rancangan untuk memajukan kebudayaan rakyat negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya perkara itu akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional Kelantan sebagai antara aspek penting untuk rakyat dan penggiat seni negeri ini.

"Kita bercadang untuk memberi satu nafas baru kepada kegiatan seni budaya sesuai dengan Kelantan sebagai negeri yang kaya budaya dan tradisi Melayu Kelantan, katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999