[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Tandatangan Abol Meragukan

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:13:18
Remote User: -

Comments

SEMUA WANG KERTAS DITANDATANGANI GABENOR BANK NEGARA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai bahawa semua wang kertas Malaysia sah diperlakukan pada nilai mukanya dan tidak lebih tinggi.

"Orang ramai tidak sepatutnya dipengaruhi dakwaan yang mengatakan wang kertas Malaysia boleh ditukarkan pada harga yang lebih tinggi dari nilai mukanya," menurut kenyataan Bank Negara hari ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebutkan sebarang contoh atau kejadian berkaitan yang membawa kepada pengumuman itu kecuali menyatakan terdapat pertanyaan mengenainya daripada orang ramai.

Dalam kenyataan itu Bank Negara juga mengumumkan bahawa semua wang kertas Malaysia ditandatangani Gabenornya Datuk Seri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Wang kertas Malaysia RM2 dan RM10 yang ditandatangani Ali Abul Hassan diedarkan sejak 15 Jan lalu, RM50 pada 6 April dan RM100 pada 1 Jun.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Bank Negara melalui telefon 03-2907303, 03-2907566, 03-2907309, 03-2907410 dan 03-2927427.

-- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999