[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ku Li lagi hebat daripada Si Kepala Taik

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:21:25
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Ku Li lagi hebat daripada Si Kepala Taik kerana pengumuman dia penting dan mengejutkan. Teringat kita tentang pengumuman yang mengejutkan Si Kepala Taik dalam perhimpunan UMNO Jun lalu.Apakah Ku Li ingin gunakan taktik yang sama kerana orang ramai tidakmahu datang sebab tidak apa yang mengejutkan mereka. Mungkin yang mengejutkan sekiranya Ku Li isytihar keluar parti.

======================================================================================================================================================== KU LI AKAN BUAT PENGUMUMAN PENTING PADA 31 OGOS

KOTA BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah akan membuat pengumuman penting dan mengejutkan pada satu perhimpunan khas, di sini, pada 31 Ogos ini.

Beliau berkata perkara itu akan diumum sempena perhimpunan bersejarah rakyat Kelantan dalam usaha menukarkan kerajaan negeri yang dikuasai Pas sekarang ini.

"Awak (pemberita), janganlah cuba tanya saya apa yang hendak saya katakan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis dailog bersama pemandu teksi dan penarik beca Kelantan di sini, malam tadi.

Majlis dailog itu dihadiri kira-kira 500 pemandu dan penarik beca seluruh Kelantan.

Tengku Razaleigh berkata, perhimpunan itu yang akan diadakan di hadapan bangunan Umno negeri di sini, bertujuan menyatakan kepada rakyat Kelantan perlunya perubahan kepada sebuah kerajaan yang kuat dan boleh membantu mereka.

Katanya kerajaan pimpinan Pas tidak mampu memberi perubahan sebagaimana yang diharapkan, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada tugas-tugas yang tidak berfaedah.

Beliau menganggarkan puluhan ribu rakyat Kelantan akan hadir pada perhimpunan itu untuk menyatakan sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ketika itu kita yakin rakyat negeri ini mahukan perubahan politik untuk menukar kerajaan yang ada sekarang," katanya.

Mengenai cadangan untuk bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bahawa Pas pembohong, beliau berkata ia akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

-- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999