[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bila sampai masa jangan lari pulak.

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:28:44
Remote User: -

Comments

MUSTAPA SEDIA SATU LAWAN SATU DENGAN CALON KEADILAN

PASIR MAS, 28 Ogos (Bernama) -- Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed bersedia untuk menghadapi pertarungan "satu lawan satu" menentang mana-mana calon pembangkan dalam pilihan raya yang akan datang.

Beliau yang dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimen kawasan Jeli, tidak bimbang kerana yakin rakyat akan tetap memilih Umno dan Barisan Nasional berdasarkan kepada perkhidmatan yang telah disumbangkan kepada masyarakat.

"Rakyat boleh menilai bahawa kita bekerja untuk rakyat dan kita bersedia menghadapai pihak lawan tidak kira Keadilan (Parti Keadilan Nasional), PAS atau DAP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tengku Panglima Raja, Lemal di sini hari ini.

Mustapa berkata demikian mengulas laporan bahawa Pas kemungkinan akan memberikan laluan kepada calon Keadilan untuk bertanding satu lawan satu menentang beliau.

Beliau berkata rakyat bijak memilih pemimpin yang mampu membangunkan masyarakat.

"Kita yakin rakyat akan memihak kepada kita kerana kita telah bekerja bersunguh-sungguh dengan tulus ikhlas setiap hari selepas pilihan raya 1995 untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mustapa berkata dalam kesibukan tugasnya sebagai menteri pusat yang memegang dua portfolio, beliau masih mampu meluangkan masa pada setiap hujung minggu untuk bertemu dengan rakyat dan pengundi.

Beliau berkata berdasarkan rekod cemerlang pemimpin Umno, rakyat pasti tidak akan memberikan tempat kepada mana-mana parti pembangkang khususnya di Jeli. -- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999