[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Gerakan belum sedia rupanya.

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:34:35
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini membuktikan Gerakan masih belum bersedia. Sebab itulah Si Kepala Taik takmahu umum. Dia sendiri tahu bahawa parti-parti komponen BN masih belum sedia.

Nampaknya Gerakan ini tidak mempunyai wakil melayu. Lagi teruk dari DAP. Gerakan adalah parti Cina dan sedikit-sedikit India.

======================================================================================================================================================== JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI DIMINTA SEDIA SENARAI CALON

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini berkata, semua jawatankuasa perhubungan negeri telah diminta menyediakan senarai calon-calon berpotensi bagi pilihan raya umum akan datang.

"Kita telah meminta mereka supaya menyediakan senarai itu untuk diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)," kata beliau dalam persidangan berita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa pusat selepas perhimpunan agung parti bulan lepas.

Beliau berkata, CWC belum menerima senarai calon daripada mana-mana negeri dan setiap pengerusi negeri telah diminta bersiap sedia untuk pilihan raya umum.

Pada masa yang sama beliau juga menafikan laporan sebuah akhbar Cina yang senarai calon di Pulau Pinang telah dikemukakan kepada CWC.

Dr Lim juga mengumumkan senarai anggota jawatankuasa pusat bagi penggal berakhir 2002.

Mereka ialah:

Presiden: Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik

Timbalan Presiden: Datuk Kerk Choo Ting

Naib Presiden: Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Dr Goh Cheng Teik, Dr S Vijayaratnam, Teng Chang Yeow, Datuk Kee Phaik Cheen, Datuk Dr Kang Chin Seng (dilantik) dan Dr Tan Kee Kwong (dilantik)

Ditanya sama ada beliau akan melantik tiga lagi naib presiden seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan parti, Dr Lim berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

"Kita tengok perkembangan politik. Kalau perlu, kita lantik tetapi jika belum diperlukan, kita kosongkan dulu jawatan itu," katanya.

Dr Lim juga mengumumkan pelantikan Chia Kwang Chye, Anggota Parlimen Bukit Bendera, sebagai setiausaha agung parti.

Yang lain ialah Ng Chiang Chin (Bendahari) Datuk Chang Ko Youn dan Lum Weng Keong (Timbalan Setiausaha Agung) dan Khoo Soo Chai (Timbalan Bendahari).

Beliau berkata, kesemua tujuh naib presiden diberi tanggungjawab, seperti Teng yang merupakan ketua pemuda akan mempelopori isu-isu belia dan pemimpin wanita pula akan menjaga isu-isu wanita.

Yang lain ialah Dr Koh (isu ekonomi dan politik), Dr Goh (isu semasa), Dr Vijayaratnam (antarabangsa dan hubungan perkauman), Dr Kang (isu publisiti dan masyarakat) dan Dr Tan (perkhidmatan awam).

Ditanya mengenai barisan baru kepimpinan parti itu, Dr Lim berkata beliau berharap parti itu akan lebih kukuh lagi dengan kombinasi muka lama dan baru. -- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999