[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Puji sebab takut bini

Date: 28 Aug 1999
Time: 10:44:15
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam memuji-muji isteri-isteri pemimpin BN, Si Kepala Taik terlupa nak sebut bahawa mereka semua takut bini. Sebagai contoh dirinya sendiri. Mengapa dia beratkan sebelah Hasmah? Mengapa adik beradiknya dia tidak beri perhatian. Ada yang tidak tegur sapa dan dia tidak jenguk.

Begitu juga dengan Al Kataki, di luar bukan main lagi tapi balik ke rumah menikus habis. Jantan dia hilang. Bini dia guna-gunakan dia agaknya.

======================================================================================================================================================== DR MAHATHIR PUJI PERANAN ISTERI PEMIMPIN BN

JOHOR BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini menekankan mengenai pentingnya isteri pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengekalkan hubungan yang rapat sesama mereka untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Bercakap pada majlis penutup kejohanan Badminton Piala Perdana 1999 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu di sini, Perdana Menteri berkata pandangan itu dapat dijadikan pelajaran serta panduan dalam membantu suami mereka menjalankan tugas.

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti adanya seorang wanita," kata beliau, sambil merujuk kepada isterinya Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Beliau mengambil contoh pertandingan badminton itu sebagai satu landasan bagi membolehkan para isteri bertemu dan berinteraksi untuk kepentingan bersama dan negara.

Kejohanan selama empat hari itu disertai para isteri menteri besar, ketua menteri, menteri dan timbalan menteri.

Dr Mahathir berkata jika pemimpin peringkat pusat dan negari dapat bertemu untuk merapatkan hubungan, isteri-isteri mereka juga boleh berbuat demikian melalui pelbagai cara.

Perdana Menteri berkata beliau juga gembira melihat para isteri bekas pemimpin-pemimpin menyertai kejohanan itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang baik.

"Harapan saya ialah supaya perpaduan ini akan diteruskan," katanya.

Kejohanan itu dimenangi pasukan Sabah. -- BERNAMA


Last changed: August 28, 1999