[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

"People are the Boss!"

Date: 29 Aug 1999
Time: 23:13:55
Remote User: -

Comments

"People are the Boss!" Declaration on the People's Awareness

I. Preamble

People are masters of their countries and boss to their governments. This very concept of democracy is respected in any modern states. When anti-colonialism and nationalism movements swept across the world in the mid-century, their very conviction was to reinforce the status of people as masters, not to remain as slaves to be handed over from foreign conquerors to domestic tyrants. It is sad to say that 42 years after the country's independence the "people-masters" concept has gained little ground. What fill our ears are fallacies, as exemplified by remarks such as "People have to be grateful to the government", "Government-run media are the exclusive propaganda apparatus for the ruling party" and "There will be no development for constituencies that vote in the opposition". These utterances not only mirror arrogance on the part of the politicians but also indifference of the people. And, these attitudes are the root cause to many of our country's problems nowadays: people's daily livelihood problems going unattended, communities deprived of development, focus of national issues being shifted on to a racist or religious platform, and even unnecessary loss of human lives and properties.

Fools do not beget wise men. People must first come to an awareness of what is going on around them, and what they really want, before they demand progress. We would like to call upon all Malaysians to insist on their right and dignity. Whichever party you may support, this message has to be communicated to the political parties and politicians loud and clear : "People are the boss!"

II. Concept

1 People are the Boss, the Government is the Management

People are the masters of a country; the government is appointed by the people to take care of the country. Let us compare our country to a company. The people are the boss, and each citizen is a shareholder. The government is the management. People who hold public offices are staff members and not the boss. The salaries of the civil servants and the expenses of the Government are all paid for with the hard-earned money of each and every citizen. Therefore, it is only right for the government to serve the interest of the people. We, as the boss, have the right to criticize the government. As the management appointed by the people, the government has to respect the public's wishes; there is no way could it "threaten" or "penalize" its bosses.

2 Election is the Selection Process for a new Management

Each government is appointed for a five-year term. The office of government is vacated when the five-year term expires or when the parliament is dissoloved by royal decree on the advice of the current government. Election is the time for the people, as the boss, to vet the candidates and appoint the new management for the country. All voters are shareholders with voting rights. Voters are absolutely free to decide whether they want to retain the current management, or to appoint a new one. Once the office of government is vacated, the ruling party functions only as a "care-taker government". The manager of the company should not use shareholders' money to promote himself or to advance his personal cause; likewise, the "care-taker government" should not misuse national resources to promote itself so as to enhance its chance of being re-elected.

3 Candidates cannot threaten their Bosses

During the election, all political parties and candidates are the candidates for the up-coming government. They should not resort to tactics to threaten voters. For example, if the government only allocates fund to develop the constituencies won by the ruling party, it is as ridiculous as the management giving dividends only to an elite section of shareholders.

4 Election is not about Returning Favour

Since popular votes are appointment letters for the next five years, those parties and politicians who win in election actually owe the people a favour for granting the mandate to realize their plans. Therefore, the parties and politicians are returning the favour to the people when they serve. The people owe politicians nothing indeed. We voters do not have to commit ourselves to anybody. Our choices should depend on how well the politicians can serve our best interests in the next five years. We review the past performance of the political parties and the candidates only to assess their future intention, inclination and ability in achieving what the bosses want; not to return any favour. Politicians re-elected should remember that the people do not owe them any favours for the past five years but instead, they now owe the people favours for the next five years.

III. Action

As the boss of our government, the people must clearly express their wishes and aspirations, and ask the political parties and candidates to fulfill our wishes. We do not have to enslave ourselves and be fettered to the political parties and politicians. Let us call upon all Malaysians to stand up and step forward, to organize ourselves and present our own needs and expectations (for example, building schools, building places of worship, rescinding toll collection for highways, provision of burial grounds, etc), and demand for the response of all political parties. Only after this will we decide our vote. We should not humble ourselves and approach political figures with our request in a subservient manner. Where on earth do we have bosses who condescend themselves to beg for things done? We bosses should ensure those with good policies and ability to satisfy our demands to come forth. In this way, whoever elected will respect or accept our demands.

We must respect ourselves to win other's respect. If we know how to assume our role as the boss, political parties and politicians would have to seek improvement to avoid becoming obsolete. This will lead to more comprehensive and swifter development on the country's political, economic, social and cultural fronts. This is the only way for a country to achieve real stability, prosperity and advancement.

"Only a smart boss could sustain improvement and development for a company." We would like to share this with some 10.3 million bosses with voting rights all over the country.

The Bosses' Action Plan

1. Convene meetings for residents to discuss the nation's political, economic and local issues. Issue your own "Bosses' Statement" and urge the political parties and other voters to take your demands and opinions earnestly.

2. Ask the political parties/candidates to make known their stand towards your "Bosses' Statement".

3. Monitor the media's performance. Ensure that the voters' voices are heard. Act against unprofessional media practice by way of complaint, critical comments, boycott and the like.

4. Monitor the elected candidates elected to see to it that they fulfill their promises.

============================================================================================================================== Deklarasi Rakyat Adalah Bos

Dibawah merupakan deklarasi rakyat adalah bos, sila siarkan dalam LR. Pengunjung laman boleh menandatangani melalui http://bosses.faithweb.com/ untuk menyokong deklarasi ini untuk mengesa kerajaan BN menyedari siapa bos sebenar negara. I. Mukadimah

Rakyat adalah tuan punya kepada negara dan bos kepada kerajaan. Dalam mana-mana negara moden, konsep ini dihormati sepenuhnya. Pada halnya, pergerakan anti-penjajahan dan nasionalisme yang berkembang di seluruh dunia dalam pertengahan Abad ke-20 bertujuan untuk menegakkan kedudukan rakyat sebagai tuan punya negaranya, bukan untuk menggantikan penjajah asing dengan penjajah tempatan yang terus menghambaabdikan rakyat.

Malangnya, selepas 42 tahun kemerdekaan, masih ramai yang gagal menghormati rakyat sebagai tuan punya negara. Apa yang memenuhi telinga kita adalah dalih-dalih palsu seperti “Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan”, “Media kerajaan adalah mesin propaganda khas untuk parti pemerintah” serta “Kawasan yang menyokong parti pembangkang tidak akan dibangunkan”. Ini bukan sahaja mencerminkan keangkuhan ahli-ahli politik tetapi juga kedaifan rakyat. Sikap-sikap ini merupakan punca kepada masalah-masalah yang dihadapi negara kita: kehidupan harian rakyat yang disukarkan oleh pelbagai kesulitan, komuniti-komuniti dinafikan hak pembangunan yang sewajarnya, isu-isu nasional diabaikan kerana isu-isu etnik dan agama lebih mendapat perhatian, malahan, nyawa serta harta-benda terkorban dalam keadaan yang sebenarnya dapat dielakkan. Rakyat yang tidak bijak memilih tidak mungkin dapat melahirkan pemimpin yang amanah dan berkaliber. Rakyat harus sedar tentang apa yang berlaku di sekitar mereka sebelum mereka boleh menuntut kemajuan. Kami ingin mengajak warga-warga Malaysia sekalian untuk beridiri tegak atas hak dan harga diri mereka. Tidak kira parti mana yang kita sokong, pastikan kita anda sampaikan mesej ini kepada parti-parti dan ahli-ahli politik dengan jelas dan tegasnya : “Rakyat Adalah Bos! “ II. Konsep

1. Rakyat adalah Bos, Kerajaan cumalah Pengurusan Rakyat adalah tuan punya negara, kerajaan cumalah pihak yang dilantik rakyat untuk mentadbir negara. Bayangkan negara itu sebuah korporat. Rakyat adalah bos, setiap warganegara merupakan pemegang saham. Kerajaan adalah pengurusan dan pemegang-pemegang jawatan awam adalah orang suruhan rakyat. Upah dan gaji kakitangan kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain dibayar dengan wang rakyat yang datang bertitik peluh. Maka, kerajaan mestilah berkhidmat untuk rakyat. Kita rakyat, sebagai bos, berhak untuk mengkritik kerajan. Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum bosnya.

2. Pilihanraya Adalah Proses Pemilihan Untuk Pengurusan Baru Tempoh sesebuah parti membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya cumalah lima tahun sahaja. Jawatan kerajaan dikosongkan apabila tamatnya tempoh lima tahun itu ataupun apabila Parlimen dibubarkan oleh DYMM Yang Di-pertuan Agong atas nasihat kerajaan yang sedang memerintah. Pilihanraya sebenarnya adalah sesi temuduga untuk melantik pengurusan baru manakala pengundi adalah pemegang saham yang bersama-sama menemuduga calon-calon dan menentukan pemegang jawatan. Setiap pengundi itu bebas menentukan sama ada untuk mengekalkan pengurusan yang sama atau menukar orang baru. Apabila jawatan kerajaan dikosongkan kerana penamatan tempoh atau pembubaran Parlimen, parti pemerintah cuma berfungsi sebagai ‘kerajaan penjaga’ (care-taker government). Sepertimana seorang pengurus syarikat tidak boleh menggunakan wang pemegang saham untuk mempromosikan diri atau mengejar kepentingan dirinya, ’kerajaan penjaga’ juga tidak harus menyalahgunakan sumber-sumber negara untuk mempromosikan diri demi mempertingkatkan peluang kemenangannya dalam pilihanraya.

3. Calon Tidak Boleh Mengugut Bosnya Semasa pilihanraya, semua parti politik dan calon adalah calon-calon untuk kerajaan baru. Mereka tidak harus menggunakan taktik-taktik kotor untuk mengugut pengundi sepertimana seorang pemohon kerja tidak boleh mengugut bakal majikan supaya melantiknya. Sebagai contoh, jika kerajaan sesebuah negara memperuntukkan dana pembangunan cuma untuk kawasan yang dimenangi parti pemerintah, perkara ini adalah tidak masuk akal sama seperti jika pengurusan sesebuah syarikat membahagikan dividen cuma kepada sebilangan dan bukan kesemua pemegang saham.

4. Pilihanrakyat bukanlah untuk membalas budi Undi adalah surat perlantikan untuk lima tahun akan datang. Maka, parti dan calon yang menang dalam pilihanraya sebenarnya berhutang budi kepada rakyat yang memberikan mereka mandat untuk merealisasikan rancangannya. Apabila mereka berkhidmat selepas pilihanraya, mereka sebenarnya sedang membalas budi pengundi. Kita pengundi tidak mempunyai kewajipan untuk memilih mereka sekali lagi dalam pilihanraya baru. Pilihan kita seharusnya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh lima tahun yang baru. Kita menilai pencapaian parti-parti dan ahli-ahli politik pada masa lalu cumalah untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai hasrat, kecenderungan serta kebolehan dalam mencapai impian para bos, bukan untuk membalas budi mana-mana pihak. Ahli-ahli politik yang berjaya dipilih semula mesti ingat bahawa rakyat tidak berhutang budi kepada mereka dalam lima tahun yang lepas sebaliknya sekali lagi mereka kini berhutang budi kepada rakyat untuk lima tahun yang akan datang.

III. Tindakan

Sebagai Sebagai bos kepada Kerajaan, rakyat mestilah menyatakan impian dan aspirasi mereka dengan jelas dan menyoal parti-parti politik dan calon-calon tentang cara untuk memenuhi impian kita. Kita tidak perlu menghambaabdikan diri kita dan terbelenggu oleh ahli politik. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita berdiri tegak dan maju ke hadapan, bersama-sama mengemukakan permintaan dan harapan kita (seperti pembinaan sekolah, pembinaan tempat beribadat, penghapusan tol lebuhraya atau penyediaan tanah perkuburan) serta menuntut semua parti politik menyahut permintaan kita. Biar kita menentukan undi kita berdasarkan sejauhmana mereka sanggup menyahut permintaan kita. Kita tidak perlu merendah-rendahkan diri kita di depan ahli-ahli politik untuk membuat sesuatu tuntutan. Mengapa kita sebagai bos perlu merayu untuk perkhidmatan yang kita berhak terima ? Kita seharusnya memastikan ahli-ahli politik yang berkaliber berebut-rebut mengambil initiatif untuk memuaskan permintaan kita. Dengan cara ini, tidak kira siapa yang dipilih untuk memerintah, permintaan dan tuntutan kita akan dapat direalisasikan atau dihormati. Kita mesti menghormati diri kita sebelum kita mengharapkan penghormatan orang lain. Jika kita memainkan peranan kita sebagai bos, parti-parti dan ahli-ahli politik akan terpaksa memajukan diri mereka supaya tidak ketinggalan. Ini akan membawa kepada pembanguan yang lebih komprehensif dan pesat di bidang politik, ekonomi dan sosial. Inilah satu-satu caranya negara kita dapat boleh mencapai kestabilan, kemakmuran dan kemajuan yang bermakna sebenar. “Cuma bos yang pandai dapat memastikan kemajuan dan pembanguan korporat yang berterusan.” Kita ingin berkongsi mesej ini dengan 10.3 juta orang boss di seluruh negara.

Pelan Tindakan Bos-bos

1. Mengadakan perjumpaan antara penduduk-penduduk tempatan untuk berbincang tentang isu politik, ekonomi dan isu-isu tempatan. Mengeluarkan Kenyataan Bos anda sendiri dan menuntut ahli politik serta pengundi lain supaya mengambil berat tuntutan mereka. 2. Menuntut parti-parti politik atau calon-calon supaya mengambil pendirian tentang deklarasi ini. 3. Menyelia media. Memastikan suara hati pengundi akan didengar. Bantahi laporan media yang tidak profesional dengan aduan, kritikan dan boikot. 4. Menyelia calon-calon yang dipilih untuk memastikan janji-janji mereka akan terkota.


Last changed: August 29, 1999