[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

DEKLARASI SETINGGAN 28 OGOS

Date: 29 Aug 1999
Time: 23:38:06
Remote User: -

Comments

DEKLARASI SETINGGAN 28 OGOS BERSATU MENYELAMATKAN SETINGGAN KAMI para setinggan yang berhimpun hari ini menyedari bahawa;

1.Kerajaan BN telah mengabaikan sama sekali nasib para setinggan di seluruh negara,

2.Dasar-dasar pembangunan Kerajaan BN hanya menguntungkan golongan kapitalis sehingga menindas Kami para setinggan,

3.Pembangunan perumahan kerajaan BN tidak seimbang, tidak diagihkan sama rata untuk rakyat keseluruhan,

4.Kerajaan BN tidak memberi jaminan dan hak setinggan untuk mendapatkan keadilan dan pengiktirafan yang sewajarnya,

5.Kerajaan BN menyebelahi kapitalis ketika proses perundingan pemaju dan setinggan,

6.Kerajaan melalui para kapitalis telah menghalau para setinggan dan meroboh rumah setinggan tanpa diberi tempat tinggal ganti yang sesuai,

7.Para kapitalis dilindungi oleh pihak pemerintah dalam semua tindakan mereka menghalau para setinggan dari kediaman mereka,

8.Kami penduduk setinggan tidak dihargai sebagai penyumbang ekonomi negara,

9.Kami penduduk setinggan sering tertipu janji untuk meluluskan permohonan oleh wakil rakyat BN setiap kali menjelang pilihan raya,

10.Rumah-rumah panjang yang disediakan pemaju dan kerajaan terlalu daif dan tidak sesuai untuk didiami,

11.Akta Perusahaan, Akta Polis, Akta Pengambilan Tanah, Ordinan Darurat 69, Kanun Tanah Negara, Kanun Prosuder Jenayah dan Perintah 89 digunakan untuk mengusir rakyat dan seterusnya meroboh dan merosakkan harta benda penduduk setinggan.

12.Kami penduduk setinggan dinafikan kemudahan asas dan jaminan keselamatan serta ugutan kapitalis.

Oleh itu Kami para setinggan hari ini dengan sekeras-kerasnya menuntut,

1.Para setinggan hendaklah diberi hak mereka dengan sewajarnya untuk mendapat kediaman yang sesuai sebagai warga yang merdeka,

2.Kerajaan BN hendaklah mengkaji dasar pembangunan negara supaya berlaku pengagihan secara adil.

3.Perumahan hendaklah diagihkan secara adil tanpa campurtangan politik.

4.Kerajaan BN hendaklah mematuhi resolusi suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Mac 1993 di Geneva yang bersabit dengan perobohan rumah dan pengusiran secara paksa,

5.Kerajaan BN hendaklah bersikap orang tengah dan memastikan setinggan mendapat pembelaan dan pampasan sewajarnya.

6.Kerajaan BN hendaklah memastikan proses perundingan diselesaikan dengan kerelan kedua belah pihak sebelum rumah setinggan diroboh.

7.Semua mangsa yang telah dihalau dari tempat kediaman yang mereka terokai diberikan kembali hak mereka untuk mendapatkan kediaman yang sempurna atau diberi pampasan sewajarnya.

8.Kerajan BN hendaklah mengakui hakikat sejarah dan perkembangan industri awal 70 an menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar untuk menyahut pembangunan negara,

9.Kerajan BN hendaklah memastikan permohnan tanah dilulus bukan kerajan kepentingan politik dan wakil rakyat mereka.

10.Kerajan BN hendaklah menyerdiakn penempatan sementara jika perlu (rumah panjang) tidak melebihi 5 tahun.

11.Kerajaan BN hendaklah mengkaji akta terbabit akta yang tidak menguntungkan rakyat sebaliknya lebih memihak kepada pemaju disamping mewujudkan akta yang menjaga dan melindungi setinggan.

12.Sesuai dengan rakyat Malaysia yang turut membangunakan sekonomi nnegara Kami setinggan mesti diberikan kemudahan, keselamtan daripada gangguan kapitalis.

Maka, Perhimpunan Setinggan hari ini menyeru setinggan seluruh negara untuk;

1.Bersatu padu memperjuangkan hak setinggan daripada terus dicerobohi oleh kapitalis yang mendapat perlindungan kerajaan zalim BN,

2.Bersama menubuhkan jawatan kuasa perpaduan dan bertindak untuk menangani semua masalah yang dihadapi oleh para setinggan yang menjadi mangsa keserakahan kapitalis diseluruh negara, dan

3.Menolak sepenuhnya kerajaan BN yang bersekongkol dan diperalatkan oleh para kapitalis yang menindas rakyat.

4.Menuntut perubahan politik negara kepada pemerintah yang lebih adil dan bertanggungjawab.

Diisytiharkan di Markas Tarbiyah PAS Pusat , Taman Melewar Pada 28 Ogos 1999 / 16 Jamadil Awal 1420 Sempena Himpunan Setinggan Seluruh Negara Anjuran Lujnah Hal Ehwal Buruh dan Setinggan PAS Pusat.


Last changed: August 29, 1999