[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Siapa Yang Tak Puas Hati?

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:03:00
Remote User: -

Comments

Ulasan

Makna tersirat dalam berita ini adalah banyak perkara-perkara yang tidak memuaskan hati UMNO. Jadi kita lihat Wanita UMNO sedang gawat teruk. Walaupun kelihatan tenang dari luar tapi dalamnya penuh dan duri dan pencak silat.

Suara ketidakpuasan dalam Wanita UMNO masih dirasai.

============================================================================================================================== PEMIMPIN WANITA UMNO DIINGATKAN JANGAN MUDAH PUAS HATI

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Para pemimpin Wanita Umno di semua peringkat hari ini diingatkan supaya tidak mudah berpuashati dengan keadaan di kawasan masing-masing walaupun mereka mempunyai sokongan yang kukuh.

Ketua pergerakan itu Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata mereka sebaliknya harus menggiatkan usaha bagi memastikan kedudukan Umno terus teguh, terutamanya di kawasan yang dianggap sebagai kawasan sasaran parti pembangkang.

"Tiada sesiapa yang harus berpuas hati kerana kita tidak tahu apa yang akan datang, walaupun kita membuat kerja ke tahap yang kita mahu lebih baik daripada yang lepas, kerana cabaran pada masa depan lebih sofistikated," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Pesta Hari Keluarga Pergerakan Wanita Umno bahagian Bandar Tun Razak, di sini.

Menurut beliau pemimpin Wanita sepatutnya memperbanyakkan kegiatan kemasyarakatan yang membabitkan golongan di peringkat akar umbi bagi membolehkan penilaian dibuat mengenai tanggapan golongan itu terhadap kerajaan.

Bagaimanapun katanya, pendekatan yang hendak dibuat haruslah mengambil kira kriteria kumpulan sasaran bagi memastikan ia lebih berkesan.

"Walaupun kami ada fokus, tetapi saya rasa, dengan (berhadapan) pihak-pihak tertentu harus digunakan budi bicara," katanya.

Zaharah juga mengingatkan anggota pergerakan supaya sentiasa menjaga perpaduan menerusi kegiatan-kegiatan seperti Hari Keluarga yang akan mengeratkan perhubungan sesama anggota di setiap kawasan.

"Kita harus melibatkan semua anggota bagi meneguhkan kedudukan jentera parti terutama semasa menunggu pilihan raya diadakan," katanya.

Berkenaan persediaan pilihan raya oleh Wanita, Zaharah berkata setakat ini ia berjalan seperti yang dirancangkan umpamanya usaha memantau reaksi pengundi. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999