[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Al Kataki Silap Kira

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:12:17
Remote User: -

Comments

Ulasan

Angka yang diberikan oleh Al Kataki itu silap. Sebenarnya lebih daripada itu. Dia cari tak jumpa.

Tapi terima ksehlah kerana tolong promokan laman-laman web reformasi. Fitnah tak fitnah dia boleh nilai. Yang dia takut sebab "fitnah" itu benar.

Yang ini bukan fitnah...dia memang takut bini.

============================================================================================================================== PURATA 18 ARTIKEL FITNAH DI LAMAN WEB SETIAP HARI

KOTA BAHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Purata 18 artikel baru bercorak anti-kerajaan dikesan di laman web reformasi setiap hari, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Memerangi Fitnah Umno berkata, kebanyakan artikel itu berbentuk fitnah, tohmahan dan propaganda terhadap pemimpin kerajaan pusat dan bertujuan menghasut rakyat untuk membenci pemimpin berkenaan.

"Bagaimanapun saya dapati bilangan artikel yang dimuatkan dalam laman web itu telah berkurangan berbanding sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh seminggu yang berakhir pada 18 Ogos lepas pihaknya mengesan 137 artikel fitnah dimuatkan di laman web reformasi.

Antara artikel berkenaan ialah "Senarai Perompak Bank Bumiputera" bertarikh 16 Ogos 1999, "Awas: Rancangan Pembunuhan Mahathir" (14 Ogos 1999), "Konspirasi EON", "Bekas Ketua Pemuda Umno Menjelang Pilihan Raya" dan "Serang Bukit Aman" (13 Ogos 1999).

Ibrahim berkata mereka yang tidak bertanggungjawab itu turut memuatkan artikel berunsur fitnah berhubung lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke Russia dan China baru-baru ini.

"Terdapat juga artikel yang menceritakan penyeludupan dokumen rasmi kerajaan ke luar negeri, kenaikan dan kejatuhan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan isu pengabungan bank-bank dan broker saham," katanya.

Beliau menanggap penulis artikel itu sebagai kumpulan anti kerajaan yang takut untuk menonjolkan diri sebaliknya menggunakan nama-nama samaran serta enggan menurunkan tandatangan.

Ibrahim turut mencabar kumpulan penulis fitnah itu supaya membuat laporan polis bagi membuktikan bahawa dakwaan mereka itu benar. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999