[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Belia 4B Di Politikkan

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:33:18
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam mana beberapa persatuan belia diselar kerana menyokong parti-parti alternatif, Belia 4B telah dipergunakan untuk tujuan politik sempit Ali Rustam. Tafsiran beliau dalam perkataan "alternative" sungguh melucukan. Apa susah sangat nak tafsir perkataan itu...cuma sebut parti pilihan. Itu saja. Rakyat boleh memilihnya sebagai satu pilihan.

Ali Rustam kena belajar bahasa lagi.

============================================================================================================================== ANGGOTA BELIA PERLU FAHAM MAKSUD SEBENAR ALTERNATIF

JITRA, 29 Ogos (Bernama) -- Presiden Gerakan 4B Malaysia (4B) Datuk Wira Mohd Ali Rustam mengingatkan anggota-anggota belia supaya tidak terpengaruh dengan pakatan parti pembangkang yang hanya mengambil kesempatan semasa pilihan raya.

Pembangkang tidak pernah sekata dan mereka hanya adakan pakatan bila menjelang pilihan raya, katanya pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" anjuran 4B Negeri Kedah di sini, malam tadi.

"Sewaktu pilihan raya lalu pembangkang pengaruhi rakyat dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan kini menjelang pilihan raya akan datang angkatan itu sudah tidak wujud lagi dan mereka adakan Pakatan Alternatif pula," katanya.

Katanya "alter" bermaksud tukar dan "native" bermakna asli. Oleh itu adakah rakyat setuju pembangkang mahu tukarkan kerajaan yang sedia ada yang didukungi parti asli sekarang? tanya beliau.

Beliau berkata secara tidak langsung pakatan pembangkang didukungi parti-parti palsu yang akan menghadapi parti-parti sejati yang didukungi oleh rakyat kebanyakan.

Dalam menghadapi pilihan raya akan datang, parti-parti pembangkang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengadakan kerjasama dikenali sebagai Pakatan Alternatif.

-- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999