[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pandangan Pak Lah Lemah

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:39:31
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berita ini menunjukkan betapa lemahnya daya pemikiran Pak Lah. Apa nak buat dia bekas anggota PTD yang menurut perintah sahaja. Sama macam Si Mamat.

Berbanding dengan mana-mana parti politik dalam Malaysia, BN adalah bercorak perkauman. Jadi isu perkauman mesti datang daripada mereka bukan parti-parti alternatif. Isu perkauman dan agama tak jadi masalah.

Juga UMNO adalah pengamal Islam sekular. Islam jugak tapi jenis sekular. Jadfi betullah agaknya pandangan Pak Lah tentang keislaman UMNO.

Kita akan tunggu dan lihat samada Pak Lah akan menggunakan taktik-taktik kotor terhadap para pemimpin parti-parti alternatif.

============================================================================================================================== KERAJAAN INGATKAN PARTI POLITIK JANGAN TIMBULKAN ISU PERKAUMAN

Ketua wanita Umno negeri, Sharifah Aminah Syed Mohamad menyatakan sesuatu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mesyuarat perhubungan Umno negeri di Pulau Pinang hari ini. Turut memerhatikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Shariff Omar.

PULAU PINANG, 29 Ogos (Bernama) -- Parti-parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan isu-isu sensitif berkaitan soal perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keamanan negara dalam keghairahan mereka berkempen menjelang pilihan raya umum.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi hari ini berkata kerajaan akan bertindak tegas terhadap parti-parti itu menurut peruntukan dalam undang-undang termasuk Akta Hasutan jika tindakan mereka menimbulkan keadaan tidak baik di dalam negara.

Kerajaan bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara ini dan mengingatkan supaya jangan sesiapapun menimbulkan keadaan yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini.

Bagaimanapun, Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya berhubung perkara ini dan perlu membezakan terlebih dahulu antara permainan politik dan kesalahan undang-undang.

Beliau meminta parti-parti politik tidak terlalu bebas mengeluarkan kenyataan hanya untuk menunjukkan negara ini mengamalkan demokrasi sehingga menimbulkan keretakan dalam hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Mengenai dakwaan PAS bahawa Umno bukan parti Islam, Abdullah berkata Umno tidak pernah mendaftarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam tetapi 99 peratus daripada anggotanya beragama Islam dan perjuangannya berjaya meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Walaupun Umno tidak menamakan partinya sebagai sebuah pertubuhan Islam, ia juga memperjuangkan soal agama sehingga kejayaannya menerajui negara ini membuatkan negara asing mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Umno tidak pernah menggunakan label Islam pada partinya seperti mana yang digunakan PAS, tetapi umum mengetahui bahawa apa yang diperjuangkannya banyak membantu meningkatkan imej dan syiar Islam .

"Umno merupakan parti nasionalis yang menumpukan usaha dan perhatian kepada perjuangan demi kepentingan bangsa, rakyat dan negara Malaysia," katanya.

Abdullah menegaskan bahawa Umno bukan seperti PAS yang menggunakan nama Islam pada parti mereka tetapi jika PAS mendakwa bahawa orang Umno tidak Islam hanya kerana mereka bekerjasama dengan MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, tanggapan itu adalah tidak benar.

Abdullah meminta anggota Umno supaya tidak memperdulikan dakwaan-dakwaan PAS dan parti pembangkang yang lain mengenai "Islam atau tidak" parti itu kerana ia tidak akan mengubah akidah mereka.

Mengenai Umno Pulau Pinang, beliau berpuas hati dengan persiapan jentera parti itu menghadapi pilihan raya akan datang dan meminta mereka mengetepikan su-isu yang boleh mengalihkan perhatian daripada persiapan itu.

Beliau juga meminta anggota Umno yang menjadi anggota Majlis Perbandaran di negeri ini supaya memberi perhatian kepada usaha mengatasi banjir. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999