[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah..ingat DSAI Itu Orang Melayu PP tau?

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:49:03
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pak Lah jangan ubah fakta sejarah. Di sebalik kejayaan UMNO menang 12 kerusi namun UMNO tidak pegang kerajaan negeri. Ini satu pengkianatan kepada bangsa Melayu. Kedua, calon-calon Gerakan dan MCA juga menang disebabkan undi-undi melayu. Ketiga kalau benar kamu sayangkan melayu PP mengapa dalam kes DSAI, kamu tak bela dia?

Bukan sahaja DSAI yang malu, UMNO PP pun malu juga. Melayu PP lagi malu.

Sebenarnya kamulah yang punya angkara. Kamulah yang gila kuasa. Kamulah pengkhianat bangsa melayu PP. Kamu adalah satu kehinaan kepada bapa dan datuk kamu.

==============================================================================================================================

ORANG MELAYU TIDAK MAMPU BERPECAH UNTUK KEKALKAN KUASA DALAM KERAJAAN

PULAU PINANG, 29 Ogos (Bernama) -- Orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh berpecah jika mahu mengekalkan kuasa dan perwakilan kaum itu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, kedudukan masyarakat Melayu di negeri ini yang dianggap sebagai minoriti iaitu kira-kira 33 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini, perlu kukuh untuk memastikan kesinambungan peranan masyarakat itu dalam membantu pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Walaupun jumlahnya kecil, masyarakat Melayu telah bersatu dan berjaya mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum 1995 dengan memenangi 12 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Umno, katanya.

"Keupayaan Umno memenangi 12 kerusi merupakan kemenangan besar dan tanpasumbangan Umno dan orang Melayu, kerajaan BN tidak dapat diwujudkan di Pulau Pinang," katanya pada majlis "Sepetang Bersama Anggota UMNO Bahagian BukitBendera," di sini.

Menyedari hakikat bahawa orang Melayu merupakan kumpulan yang kecil dan tidak mampu menubuhkan kerajaan dengan sendiri, maka masyarakat itu perlu mengukuhkan permuafakatan dan kerjasama dengan kaum lain, yang turut menjadi komponen BN.

Abdullah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata, beliau terharu dengan pengiktirafan, kepercayaan dan sokongan yang ditunjukkan kaum lain kepada Umno yang dianggap sebagai mewakili masyarakat itu.

Beliau berkata, tiada parti lain bagi orang Melayu di negeri ini melainkan Umno dan BN, yang sudah terbukti dapat membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat berbilang kaum.

Perjuangan orang Melayu bukan perjuangan yang taksub dan menzalimi kumpulan yang lemah kerana ia perjuangan yang luhur dan sebab itu ia rela berkongsi kuasa dengan kaum lain di negara ini.

"Kita faham, benar bahawa rakyat Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang teguh dan mewakili semua kaum di negara ini dan untuk mendapatkan kerajaan sedemikian maka rakyat perlulah memilih BN," katanya.

Pada majlis itu juga, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail menyatakan sokongan padunya kepada pucuk pimpinan parti dan BN dan menyeru masyarakat Melayu bersatu untuk mengukuhkan perpaduan.

Sebelum ini orang Melayu di negeri ini telah berpecah kepada dua iaitu UMNO dan PAS dan kini muncul parti baru iaitu Keadilan (Adil).

"Orang Melayu tidak mampu berpecah lagi. Hanya Umno yang sesuai untuk orang Melayu di Pulau Pinang dan tiada parti lain yang sesuai berada di sini," katanya.

Ahmad yang merupakan rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditemui kemudiannya berkata bahawa sokongannya kepada parti dan pucuk pimpinan sedia ada adalah kerana keamanan negara dan perjuangan parti itu amat penting daripada segala-galanya.

Ahmad berkata beliau juga tidak pernah terlibat dengan Keadilan sejak parti itu ditubuhkan.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Parlimen kawasan Bukit Bendera. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999