[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Umumkan Kelmarin!

Date: 30 Aug 1999
Time: 00:53:39
Remote User: -

Comments

Ulasan

Walaupun Si Kepala Taik berasa seronok kerana "sokongan" rakyat terhadapnya melalui program dan aktiviti hari kemerdekaan, namun dia masih tidak yakin untuk umumkan tarikh pilihanraya umum itu.

Kita melihat BN gunakan hari kemerdekaan ini untuk mengabui mata rakyat khususnya untuk berkempen pilihanraya.

Umumkan..kita cabar dia. Patutnya kelmarin.

============================================================================================================================== M'SIA SAMBUT KEMERDEKAAN BERSAMA KEJAYAAN PULIHKAN EKONOMI, KATA MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan menyambut kemerdekaan ke-42 tahun ini bersama kejayaannya memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, Malaysia sudah mengatasi kemelesetan ekonomi dengan cara dan usahanya sendiri, dengan sokongan dan kerjasama seluruh rakyat.

"Bergembiralah dengan ulang tahun ke-42 kemerdekaan negara, ini adalah sebuah negara yang hebat, negara anda, negara kita.. kita berhak merayakannya kerana kita telah melakukan sesuatu yang baik," katanya semasa merasmikan Festival Belia dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-42 di Bangsar di sini semalam.

Acara yang bewarna warni dan bergemerlapan itu diadakan di jalan utama di Bangsar, yang dianggap sebagai jantung Kuala Lumpur, dan disertai oleh 2,400 peserta daripada 45 kontinjen dan disaksikan oleh ribuan penduduk Bangsar dan kawasan yang berhampiran.

"Bagi pihak kerajaan saya ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana di waktu kegawatan ekonomi, tidak ada huru-hara berlaku, tidak ada rusuhan berlaku," katanya.

Beliau berkata di negara-negara lain, apabila kemelesetan ekonomi dirasai maka berlaku rusuhan, kedai-kedai dibakar dan orang cedera, tetapi di Malaysia tidak berlaku rusuhan.

"Kerana rakyat sangat bekerjasama, kerana rakyat tidak menimbulkan sebarang masalah, sebarang masalah semasa kegawatan ekonomi, kita telah berjaya mengambil strategi untuk mengatasinya, dan hari ini kita telah berjaya berikutan pertumbuhan 4.1 peratus bagi suku kedua tahun ini," katanya.

Katanya Bank Negara sudah mengisytiharkan bahawa ekonomi negara sudah pulih dan tidak lagi menghadapi resesi.

"Saya yakin bagi suku ketiga dan juga keempat tahun ini, kita akan dapat melihat pertumbuhan ekonomi kita seperti dahulu," katanya.

Dr Mahathir berkata, apabila ekonomi negara tumbuh, rakyat akan mendapat nikmat.

"Oleh itu kita harus bersyukur, bersukacita kerana kita dapat mengatasi tekanan yang amat teruk ke atas ekonomi dan negara kita.

"Sebab itu pada tahun ini, kita bukan sahaja merayakan 42 tahun kemerdekaan kita, kita juga merayakan pemulihan ekonomi, kejayaan ekonomi kita, kemenangan kita ke atas tekanan yang dikenakan terhadap kita, yang menyebabkan ramai orang menjadi muflis, yang menimbulkan masalah kepada bank dan juga kerajaan," katanya.

Perdana Menteri turut meminta kerjasama daripada rakyat supaya mengekalkan keharmonian kaum agar ekonomi negara terus dapat dipulihkan dan rakyat sendiri akan beroleh nikmat daripadanya.

Dr Mahathir mengalu-alukan acara festival belia yang diadakan itu kerana ia memberi peluang kepada golongan muda menunjukkan rasa sayang kepada negara dan akan menjadi generasi yang mampu meneruskan perjuangan memajukan negara.

Kontijen yang berjalan melintas lalu di hadapan Perdana Menteri termasuklah atlit Sukan SEA, kumpulan motosikal Harley Davidson, kumpulan Jiwa Muda dan Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan.

Festival itu turut mengadakan konsert secara serentak di tiga pentas di atas jalan-jalan utama Bangsar dengan pentas utama mempersembahkan muzik dan kebudayaan tradisional, pentas dua dengan persembahan nasyid dan pentas tiga dengan pentas muzik kontemporari.

Yang turut hadir ialah Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Belia dan Sukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Parlimen Kementian Belia dan Sukan Datuk Shahrizat Abdul Jalil, selaku anggota Parlimen kawasan Lembah Pantai dan pengerusi jawatankuasa induk festival itu. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999