[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Perhimpunan UMNO Tahun Depan Lebih Hangat?

Date: 30 Aug 1999
Time: 01:37:31
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam semua fikiran para pemimpin UMNO termasuk Si Kepala Taik adalah samada mereka boleh menang dalam pemilihan UMNO tahun depan yang akan diadakan selepas pilihanraya umum.

Untuk mengajar mereka, rakyat mesti pastikan mereka kalah. Barulah kita tahu samada pertandingan itu nanti relevan atau tidak.

Ini rupanya yang mereka congak sekarang.

============================================================================================================================== Tumpukan kepada jentera pilihan raya - Abdullah

PULAU PINANG 29 Ogos - Para pemimpin UMNO bahagian di negeri ini diingatkan supaya memberi tumpuan kepada jentera pilihan raya dan tidak terjebak dalam isu-isu berkaitan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada tahun depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, para pemimpin UMNO bahagian juga perlu mengetepikan sebarang masalah yang timbul di peringkat bahagian.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau berpuas hati dengan persediaan jentera pilihan raya di semua peringkat bahagian UMNO di negeri ini tetapi beliau berpendapat ruang masih ada untuk memperkemaskan jentera itu.

''Kita juga perlu mengukuhkan lagi kerjasama dengan parti-parti lain dalam komponen Barisan Nasional (BN),'' katanya selepas mempengerusi mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, kerjasama antara Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO perlu dieratkan kerana kedua-dua sayap parti itu mempunyai peranan penting dalam kempen pilihan raya.

Beliau juga meminta ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli majlis-majlis tempatan supaya merangka tindakan segera bagi mengatasi masalah perparitan di negeri ini yang kerap menyebabkan kejadian banjir kilat.


Last changed: August 30, 1999