[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kita Tampar Awang Dulu

Date: 30 Aug 1999
Time: 01:42:41
Remote User: -

Comments

Bila seorang melayu menghina bangsanya maka dia bukan orang melayu sebenarnya. Pencapaian akademik tidak menjamin sumbangan seseorang kepada negara. Dia mungkin pandai belajar tapi tak pandai bekerja. Macam Si Awang, dia dulu kena rotan jadilah tukang tulis upahan. Hidup jugak dia.

Kalau Awang sendiri dan Arshad Ayub sendiri tak dapat first class, apa perlu hina kaum sendiri. Orang-orang melayu sangat berjaya dalam pekerjaan. Ini diakui dalam dan luar negara.

============================================================================================================================== BISIK-BISIK

KATA Arshad Ayub, kalau anak Cina belajar Pengajian Islam, mereka juga akan dapat ijazah kelas pertama. Anak Melayu bukan bodoh, tapi lupa tanggungjawab, katanya lagi.

Kesimpulan bekas Pengarah ITM itu cukup tepat. Anak Melayu tidak cemerlang bukan kerana kurang makan. Anak Cina juga ada yang kurang makan.

Semuanya bergantung pada sejauh mana tanggungjawab individu itu. Pedulikah dia kepada kedudukan bangsanya? Pedulikah dia akan kepujian kelas pertama?

Mereka yang mengetuai pusat-pusat pengajian tinggi wajar merenung kembali 'kaedah Arshad Ayub' semasa beliau mengetuai ITM.

Mungkin anak Melayu perlu ditampar semula.

Awang - Pernah dirotan.


Last changed: August 30, 1999