[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Lagi Hebat

Date: 30 Aug 1999
Time: 01:48:04
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sultan Kelantan tak perlu marah pada PAS sebab Si Kepala Taik yang menarik kekebalan raja-raja dulu. Isu kereta dan berbagai-bagi lagi yang berkaitan dengan Sultan Kelantan dipergunakan oleh Si Kepala Taik serta media-media kroni. Rakyat juga termakan alasan ini.

Maka kalau benar wakil PAS bercakap sedemikian, ia satu kebenaran sebab ini dua institusi yang berbeza. Tidak salah wakil itu cakap.

Berita ini berniat jahat untuk melaga-lagakan PAS dengan Sultan Kelantan. Itu aje.

============================================================================================================================== Pas dakwa rakyat Kelantan tolak Sultan

ARAU, Ahad - Rakyat Kelantan tidak lagi memperdulikan keluarga raja, malah jika Sultan Kelantan sendiri yang bertanding menentang Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pilihan raya nanti, raja pun akan kalah, demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh.

Beliau berkata jika Sultan Kelantan ditolak oleh rakyat negeri itu, inikan pula Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang hanya bapa saudara sultan.

"Rakyat Kelantan sudah berubah sekarang, tidak memperdulikan keluarga raja. Usahkan Tengku Razaleigh, bapa saudara raja (sultan), kalau raja (sultan) sendiri pun, rakyat Kelantan kata nak lawan tok guru Nik Aziz, raja pun kalah dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah politik anjuran Pas Perlis di Jejawi Dalam, di sini malam tadi. Turut berucap ialah Datuk Dr Harun Din dan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Aziz Hanafi.

Pas mendakwa antara punca Tengku Razaleigh kehilangan taring dalam politik ialah disebabkan rakyat Kelantan sudah tidak lagi memperdulikan keluarga raja.

Wan Ismail berkata, penolakan rakyat Kelantan terhadap sultan jelas terbukti selepas berlaku krisis terbuka antara Raja-Raja dan Menteri Besar beberapa tahun lalu.

"Setelah Parti Melayu Semangat 46 (S46) bubar, memang ada masalah antara kerajaan negeri yang dipimpin oleh Nik Aziz dengan istana. Bila masalah ini terjadi, berlakulah tarik tali, akhirnya istana kalah.

"Bila kita tak boleh tahan sabar, kita arah orang Pas jangan hadir majlis raja...tak ada oranglah jawabnya. Oleh sebab itu, bila raja tengok tak ada orang, dia susah hati, akhirnya dia berlembut dengan kerajaan (negeri).

"Raja pun kalah, Tengku Razaleigh apa ada. Kenapa kita boleh arah rakyat sedemikian rupa...kerana rakyat yakin dan memberi kepercayaan kepada kita," katanya.

Wan Ismail turut menuduh Tengku Razaleigh sebagai anak raja gila kerana begitu terdesak untuk menambat hati rakyat sehingga terpaksa berjumpa orang ramai di kedai kopi walaupun sudah jam 2 pagi.

"Macam-macam cara dia buat sekarang, 2 pagi pergi lagi kedai kopi, di mana kedai kopi buka di Kelantan, terutama di bandar Kota Bahru, dia pergi masuk bersalam dan bayar orang minum kopi.

"Bila dia bayar orang diam, dah banyak duit bayarlah. Lepas dia keluar, orang cakap anak raja gila ni," katanya.

Sementara itu di KOTA BHARU, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Senator Zaleha Hussein, berkata Pas tidak boleh membuat perbandingan antara pengaruh Nik Aziz dengan pengaruh Sultan Kelantan dalam menentukan kedudukan politik negeri itu.

Katanya, ini kerana politik dan istana adalah dua institusi yang berbeza dan tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentukan pengaruh masing-masing.

Beliau berpendapat, penghormatan rakyat terhadap raja dan pemimpin politik adalah berbeza.

Zaleha berkata, institusi raja adalah tetap dan menjadi payung bagi semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, manakala institusi politik boleh berubah bila-bila masa atas kehendak rakyat.

"Oleh itu, dakwaan kononnya pengaruh Sultan Kelantan tidak sekuat pengaruh Nik Aziz tidak berbangkit bagi menentukan hasrat Umno atau Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Kelantan daripada Pas," katanya ketika dihubungi hari ini.


Last changed: August 30, 1999