[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Fikir Banyak Kali

Date: 30 Aug 1999
Time: 02:07:30
Remote User: -

Comments

Ulasan

Mungkin ini satu tohmahan Utusan Meloya. Tapi hakikatnya cadangan Shahidan adalah keterlaluan kerana apakah tidak para pepimpin UMNO/BN kutuk PAS. Apa Samy cakap pada orang-orang PAS? Apa Dr Ling cakap tentang orang-orang PAS? Apa Keng Yaik cakap tentang orang-orang PAS. Mereka hina PAS. Mereka juga hina Islam.

============================================================================================================================== 'PAS guna orang bukan Islam kutuk Umno'

'Kita marah dan kecewa dengan perkembangan terbaru ini, kerana siapalah dia (Encik Chong) dan apa haknya mencemuh kita sebagai bukan Islam serta mempersendakan Dr Mahathir dengan begitu kesat.' - Datuk Seri Shahidan.

PADANG BESAR -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mendedahkan 'taktik baru' Parti Islam (PAS).

Taktik itu ialah menggunakan penceramah bukan Islam untuk mendakwa bahawa PAS sebuah parti Islam manakala Umno pula bukan parti Islam, lapor akhbar semalam.

Menurut Datuk Seri Shahidan, penceramah undangan PAS tersebut, Encik Chong Thian Teik, yang mendakwa berketurunan Cina bercampur Siam, turut mencarut dan memaki hamun para pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Encik Chong mendakwa berketurunan Cina bercampur Siam.

"Saya bukan beragama Islam tetapi sokong PAS.

"Jadi tuan-tuan dan puan-puan mesti sokong PAS kerana Umno tidak Islam," demikian Encik Chong ditukil akhbar Mingguan Malaysia semalam sebagai berkata di satu majlis ceramah PAS kelmarin di Jejawi Dalam, dekat Arau.

Datuk Seri Shahidan berkata beliau dukacita kerana PAS membenarkan orang seperti itu berucap di pentasnya bagi mempersendakan pemimpin negara dan umat Islam.

"Kita marah dan kecewa dengan perkembangan terbaru ini, kerana siapalah dia (Encik Chong) dan apa haknya mencemuh kita sebagai bukan Islam serta mempersendakan Dr Mahathir dengan begitu kesat," kata Datuk Seri Shahidan sebagaimana ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.

Menurutnya, perkara itu akan dirujukkan kepada Majlis Agama Islam Perlis untuk diambil tindakan. -- BHM.


Last changed: August 30, 1999