[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahafirauuuun Kena Tipu

Date: 30 Aug 1999
Time: 03:10:34
Remote User: -

Comments

Mahafirauuuun Kena Tipu

Suka saya merujuk kepada lapuran pada 27 Ogos lalu di laman yang sama berkaitan dengan kehadiran pelajar-pelajar ITM di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos baru-baru ini. Memang tidak dinafikan para pelajar dipaksa hadir - para pelajar part l - 3 wajib hadir. Oleh kerana saya turut hadir, bukan kerana untuk bersama PM, tetapi melihat gelagat sebahagian pensyarah ITM yang terlalu seronok menyambut PM bagi tujuan pengisytiharan ITM sebagai sebuah universiti.

Sebagai seorang manusia yang sempat belajar di ITM (kemudiannya menyambung pelajaran Universiti lain), saya tidak mahu komen mengenai ITM , apatah lagi mengenai kredibiliti dan tahap pemikiran sebahagian pensyarah ITM jika dibandingkan dengan pensyarah-pensyarah di universiti lain, sekalipun di universiti tempatan. Walau gagaimanapun saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kerana kini ITM bergelar UT Mara.

Pada majlis hari itu, saya duduk di kerusi hijau, bersebelahan dengan tempat duduk utama. Sebelum itu ketika saya masuk jam 2.30 petang, saya nampak memang berpuluh-puluh buah bas bersidai di lapangan letak kereta. Tak kisahlah! Dengar cerita banyak sangat orang sponsor - ke semunya dari kroni Maha Qarun. Yang saya nak jelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia ialah, sebelum ketibaan tetamu dihidangkan dengan nyanyian oleh pelajar/pensyarah ITM diiringi pasukan musik ITM. Kemudian silat, kemudian persembahan oleh puluhan pelajar ITM menerusi pentomen diiringi sajak patrotik yang menggambarkan kehancuran hidup rakyat Malaysia ketika zaman penjajahan dan dikaitkan dengan era sekarang sekiranya rakyat dijajah lagi.

Kalau dilihat di dalam stadium, yang bersorak bagi nak rak adalah pelajar lelaki yang duduk di sebelah kiri tempat duduk utama. Mereka nampak benar macam budak-budak sekolah rendah kerana sejak awal lagi dengan bersorak-sorak dengan bendera yang diberi percuma kepada tetamu (bendera, sticker, tie-pin dan buku cenderamata). Bila saya tanya pada seorang teman yang duduk di sebelah saya (pensyarah ITM), katanya, fully sponsored by Puncak Niaga Holdings Bhd.

Intisari pemerhatian saya:

1. Memang tidak ramai bekas pelajar yang datang( penjelasan mengenai istilah alumni oleh Zaidi Laideen menjawab sebab ketidakhadiran bekas-bekas pelajar ITM). Bodoh juga dia nih!! Seorang pensyarah berkata, "lantaklah Zaidi- kau boleh buat apa saja selagi ada Mahathir!. Tunggulah nanti..." Mungkin kerana marah.

2. Stadium dipenuhi oleh pelajar ITM yang diangkut dari seluruh negara.

Pelajar-pelajar ini ada yang diberi wang saku - mungkin ini tidak benar, tetapi itulah yang dikhabarkan oleh pelajar-pelajar ini kepada saya.

3. Bas-bas dari Kelantan yang membawa penyokong UMNO. Saya sempat berjumpa dengan beberapa wanita dari Kelantan. Dia sendiri tak tahu majlis apa yang dia disuruh hadir pada hari itu...lawak betul Brahim Ali nih!

4. Yang paling menghairankan ialah, mengapa puluhan bas City Liner dikerah membawa para pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat kroni Mahfiraun dan MahaQarun? Mereka bukan sahaja marah-marah, tetampi menyumpah-nyumpah kerana "dipaksa" macam zaman Jepuuun!! Komen seorang teman dari PLUS - apa kena mengena mereka dengan majlis hari itu? Mereka bukan pelajar ITM, tak pernah berbangga pun dengan ITM. Alih-alih kena datang sambut Mahafiraun bersama ITM. Tak ke cerita bodoh abad ini??

~~~itulah sebahagian luahan rasa tetamu yang hadir , yang kunuuunya ramai...~~~

5. Pelajar-pelajar ITM telah diberi penerangan awal oleh "diplomat" masing-masing: Jangan buat bising, jangan boo atau sorak PM atau Ibrahim Ali, sorak kuat-kuat, kebarkan bendera supaya PM suka.Sebab, kalau PM seronok dan suka hari itu, dia akan umumkan ITM jadi UTM.

6. Jam 5.20 petang - PM baru bercakap dalam 10 minit. 5-6 ornag penysarah yang duduk di di depan, belakang dan tepi saya minta izin keluar. Katanya, buang masa!! Oleh kerana tempat duduk itu di sebelah tempat duduk utama, maka taklah orang perasan sangat kerana body-guard Mahafiraun memenuhi tangga. Saya mampu bertahan 5 minit seterusnya . Bila dia sentuh pasal penjajahan kunuuunnya, saya nak muntah. Dia ingat dia seorang saja yang tahu sejarah dan mengalami peristiwa itu. Saya keluar , tapi saya tidak kesepian rupanya. Ratusan orang ada di luar di bawah kemah sedang makan. 60 peratus adalah kakitangan ITM dan orang luar. Dan yang selebihnya pelajar ITM. Walaupun makanan kurang enak dan tidak menyelerakan, mereka makan mungkin kerana lapar dan haus.

7. Sebahagian pelajar lagi tidak keluar - mereka diperhatikan! Ada SB juga di ITM.

8. Di tangga arah ke tempat letak kereta, saya melihat ada pemuda memegang buletin KeADILan . Dan puluhan yang lalu di situ berbual dengannya dan ada yang sekadar angkat tangan reformasi!!

9. Akhirnya...kesian saya lihat penysarah-pensyarah dari Fakulti Sebaran Am , Puan Jamaliah, Riduan (??) , menurut mereka yang duduk berhampiran, mereka digunakan bagai kuda tunggangan- sebab Brahim dulu budak Sebaran Am! Patutlah...

Kepada pesnyarah ITM - janganlah memalukan diri kamu semua!! Tak malu ke rakan-rakan lain dari IPT tempat lihat anda??? Kesian..

salam reformasi


Last changed: August 30, 1999