[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

GPMS hanya alat politik

Date: 30 Aug 1999
Time: 03:56:07
Remote User: -

Comments

Ulasan

Jangan GPMS nak tunjuk jaguh sebab GPMS sendiri sudah jadi alat politik UMNO/BN. Kalau sendiri tak boleh tadbir jangan pula nak sarankan kepada HEP. Kamu siapa? Apa kelulusan kamu?

GPMS menjadi Gabungan Pengampu Mahathir Si Kepalataik.

Kalau kamu nak jadi calon, cakap saja. Jangan pura-pura.

============================================================================================================================== ANTI KERAJAAN: HEP PERLU TINGKATKAN PERANANNYA

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Bahagian Hal Ehwal penuntut (HEP) di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu meningkatkan lagi peranannya bagi memantau sebarang kegiatan anti-kerajaan di kampus mereka.

Setiausaha Agung Gabungan Penuntut Melayu Semenanjung (GPMS) Syed Anuar Syed Mohamad berkata, jika HEP menjalankan tugasnya dengan baik, tidak perlu ditubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat universiti bagi menangani masalah itu.

"Kita lihat HEP perlu meningkatkan fungsinya agar sebarang kegiatan penuntut dapat dikawal dan diketahui perkembangan mereka sekiranya berlaku sebarang gerakan anti-kerajaan," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Kemahasiswaan dan Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Zaen Isma Ismail yang meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kegiatan anti-kerajaan di IPTA.

Menurut Zaen Isma, kewujudan jawatankuasa itu perlu bagi menangani masalah yang kian meruncing itu sehingga ada segelintir mahasiswa dan pensyarah berani menentang kerajaan secara terbuka.

Syed Anuar bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Zaen Isma bahawa mereka yang terlibat dengan kegiatan itu mesti dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Beliau turut meminta mahasiswa dan pensyarah di IPTA supaya tidak terlibat dengan aktiviti mana-mana parti politik termasuk parti pemerintah kerana mereka seharusnya bebas dalam hal itu.

Ditanya mengenai kemungkinan penglibatan anggota gabungan itu dalam kegiatan menentang kerajaan di IPTA, beliau berkata setakat ini tiada laporan berhubung perkara itu diterima oleh pihaknya.

"Lebih 60 peratus anggota kita adalah penuntut IPTA/S dan setakat ini kita sangat berpuas hati bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan yang merugikan itu," tambah beliau.

Bagaimanapun beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap anggotanya yang terbukti terlibat dengan kegiatan itu.

GPMS juga sentiasa memantau kegiatan anggota kami dan yakin mereka telah lama matang dalam menilai antara yang baik dan yang buruk untuk mereka. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999