[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik harus lihat statistik

Date: 30 Aug 1999
Time: 04:04:30
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Si Kepala Taik turun padang hanya kerana mahu merasmikan sebuah sekolah. Ini biasalah menjelang pilihanraya. Kekadang sampai dua tiga kali kena rasmi.

Fakta yang Si Kepala Taik berikan adalah tidak lengkap kerana kita harus lihat peratusannya secara total. Tentu peratusan ini tidak menguntungkan orang melayu. Bagaimana 30% nak capai?

Rakyat cabar kamu.

============================================================================================================================== BANYAKNYA UNIVERSITI SWASTA TIDAK JEJASKAN PELUANG GRADUAN BUMIPUTERA

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melambai tangan ke arah orang ramai yang menyambut ketibaan beliau di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman Jitra, Kedah untuk merasmikan sekolah itu di sini hari ini. Turut sama Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid.

JITRA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pertumbuhan institusi pengajian tinggi swasta di negara ini tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai graduan Bumiputera.

"Soalnya bukan bilangan universiti swasta terdapat di negara ini tetapi bilangan pelajar Bumiputera yang berminat untuk belajar," katanya.

Semasa bercakap pada perasmian Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman, di sini, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya usaha kerajaan itu akan gagal ekoran terlalu banyak universiti swasta diwujudkan di negara ini menyebabkan lebih ramai pelajar kaum lain boleh belajar berbanding pelajar kaum Bumiputera.

Beliau berkata golongan itu mendakwa kononnya jurang perbezaan antara kaum dalam menghasilkan graduan, akan menjadi lebih besar ekoran wujudnya universiti swasta yang banyak.

"Apa guna kerajaan menambahkan universiti (awam) sekiranya pelajar Bumiputera tidak berminat untuk belajar," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan sebaliknya sedia menambah bilangan universiti (awam) sekiranya mereka minat belajar dan seterusnya tiada pihak boleh mempertikaikan langkah kerajaan itu.

Sekiranya pelajar Bumiputera minat belajar bukan sahaja kuota 30 peratus penghasilan graduan Bumiputera dapat dicapai, malah kadar 60 peratus pun boleh dicapai, iaitu peratusan penduduk Bumiputera berbanding dengan bukan Bumiputera di negara ini.

"Tiada sebab kadar 60 peratus itu tidak boleh dicapai sekiranya mereka belajar betul-betul," katanya.

Perdana Menteri berkata sepatutnya lebih ramai pelajar Bumiputera layak ke universiti berdasarkan bilangan mereka lebih tinggi di peringkat sekolah menengah tetapi gagal melanjutkan pelajaran kerana pencapaian peperiksaan tidak cemerlang.

Para pelajar Bumiputera, katanya, lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara lain selain daripada pelajaran seperti politik dan berdemonstrasi.

Perdana Menteri berkata desakan supaya para pelajar diberi peluang berpolitik kebanyakannya datang daripada pelajar Bumiputera walaupun pencapaian mereka di universiti rendah berbanding pelajar bukan Bumiputera.

"Kalau pelajar Bumiputera diberi peluang menuntut ilmu tetapi tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran maka mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar kaum lain," katanya.

Beliau berkata para pelajar tidak memerlukan otak yang cerdas sekadar untuk berdemonstrasi dan menjelaskan bahawa kerajaan membelanjakan RM90,000 setahun bagi setiap pelajar di universiti.

Dr Mahathir berkata ekoran sikap pelajar Bumiputera itu, serta sikap guru yang tidak serius mengajar mengikut sukatan pelajaran, maka kini terdapat ibu bapa yang gemar menghantar anak mereka ke sekolah aliran Cina.

"Alasan mereka bukanlah kerana hendak anak mereka mempelajari bahasa Cina tetapi mereka berpendapat pelajar dan guru di sekolah Cina lebih komited terhadap pelajaran walaupun sekolah mereka kekurangan dari segi keadaan fizikal," katanya.

Dr Mahathir berkata kini terdapat 60,000 pelajar Bumiputera belajar di sekolah aliran Cina.

Ibu bapa Bumputera juga kini gemar menghantar anak mereka bersekolah di sekolah bekas Christian Mission kerana menganggap sekolah sedemikian serius dengan soal pendidikan, katanya.

"Kenapa tidak ada pendirian serius dalam pelajaran di sekolah-sekolah aliran kebangsaan sedangkan kerajaan menyediakan banyak peruntukan untuk pelajar Bumiputera?" tanya beliau.

Perdana Menteri juga berkata terdapat ibu bapa yang tidak mahu anak mereka mengikuti kelas Agama Islam kerana mereka berpendapat ada guru yang mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran tetapi lebih bertumpu kepada perkara-perkara lain seperti menyemaikan sifat benci anak-anak terhadap orang tertentu dan kerajaan.

"Ini tidak secocok dengan ajaran agama Islam. Guru-guru tidak minat ajar agama sama sekali tetapi gunakan peluang itu untuk menyemai sifat benci kepada kerajaan yang tidak buat apa-apa pada anak-anak kecil itu kecuali kebaikan," katanya.

Di majlis itu, Perdana Menteri menerima sumbangan 25 buah komputer daripada tiga syarikat - Syarikat Blaze, Syarikat Seniko dan UIS Development Sdn Bhd - bagi menjayakan program Satu Kelas Satu Komputer, sekolah itu yang siap dibina pada 1 Okt 1997.

Beliau berharap lebih banyak syarikat swasta membantu menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada pelajar sekolah terutama di luar bandar bagi mereka menerokai bidang itu seawal sekolah rendah lagi.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu pelajar luar bandar menerokai penggunaan komputer seawal mungkin dan tidak ketinggalan daripada kawan-kawan mereka di bandar, katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999