[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Mana Tahu Dosa Pahala

Date: 30 Aug 1999
Time: 04:24:36
Remote User: -

Comments

Ulasan

Rasa geli telinga kita bila mendengar Si Kepala Taik sebut pasal dosa dan pahala. Kununnya dia alim.

"Kita berdosa kerana tidak menghayati ajaran Al-Quran yang menuntut umatnya mempelajari semua ilmu, tidak sekadar ibadat semata-mata," katanya pada majlis peletakan batu asas Pusat Ilmu di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, dekat sini.

KAMU BERDOSA BESAR KERANA MEMFITNAH ORANG DAN MEMALUKAN ORANG SELURUH DUNIA.

"Ada negara Islam yang lebih besar dan kuat daripada negara barat tetapi lemah dari aspek ilmu pertahanan dan lain-lain... ini menyebabkan mereka gagal berperanan membantu penderitaan rakyat di Kosovo dan Bosnia," katanya.

DIA LUPA BAHAWA ORANG-ORANG BOSNIA JUGA HANDAL DENGAN ILMU. ALLAH SWT BERI BALA KEPADA MEREKA SEBAB MEREKA LUPA UGAMA. ITU YANG BETUL, BAHALOL!!!!.

"Ini termasuklah ilmu pertahanan, sains, teknologi dan sebagainya... kalau semua ini kita miliki, peristiwa seperti di Kosovo dan Bosnia mungkin dapat dielakkan," katanya.

PERBUATAN KAMU MEMALUKAN ORANG LAGI HINA DARIPADA MEMBUNUH ORANG. KAMU TAK BACAKAH INI DALAM AL QURAN?

"Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Rasulallah ialah Iqra' iaitu bermaksud baca... ia tidak berkata baca Al-Quran semata-mata dan melupakan ilmu lain, baca yang dimaksudkan itu ialah mempelajari ilmu termasuk ilmu-ilmu lain,"

JANGAN NAK JADI GURU UGAMA PULAK? KAMU MENGAJI MANA? SEMAK KITA DENGAR. KAMU BUAT TAFSIRAN SENDIRI.

"Tapi, umat Islam kini akan jadi bodoh kerana hanya menumpukan kepada soal-soal ibadat sahaja dan mengganggap perkara lain sebagai sekular," katanya.

KAMU SENDIRI YANG CAKAP. KAMU SENDIRI YANG BUAT. KAMULAH PENGANJUR AMALAN SEKULAR KONONNYA POLITIK TIDAK ADA DALAM ISLAM.

============================================================================================================================== KITA BERDOSA KERANA TIDAK DAPAT TOLONG SAUDARA SEAGAMA, KATA PM

JITRA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri hari ini berkata umat Islam di negara ini berdosa tidak dapat menolong saudara seagama di negara lain daripada tekanan pihak luar kerana kelemahan dalam ilmu pertahanan.

"Kita berdosa kerana tidak menghayati ajaran Al-Quran yang menuntut umatnya mempelajari semua ilmu, tidak sekadar ibadat semata-mata," katanya pada majlis peletakan batu asas Pusat Ilmu di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, dekat sini.

Beliau merujuk kepada peristiwa umat Islam ditindas di Kosovo dan Bosnia yang tidak dapat dibantu oleh saudara seagama mereka.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kesan daripada hanya mempelajari ilmu ibadat, umat Islam menjadi lemah sehingga terpaksa bergantung kepada pihak barat untuk mendapatkan senjata moden sebagai pertahanan.

"Ada negara Islam yang lebih besar dan kuat daripada negara barat tetapi lemah dari aspek ilmu pertahanan dan lain-lain... ini menyebabkan mereka gagal berperanan membantu penderitaan rakyat di Kosovo dan Bosnia," katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid, anggota Exco kerajaan negeri serta penduduk tempatan.

Dr Mahathir berkata ilmu selain dari ibadat adalah termasuk dalam Fardu Kifayah iaitu ilmu yang perlu dipelajari untuk menyelamatkan seluruh umat Islam daripada dosa seperti sembahyang jenazah.

"Ini termasuklah ilmu pertahanan, sains, teknologi dan sebagainya... kalau semua ini kita miliki, peristiwa seperti di Kosovo dan Bosnia mungkin dapat dielakkan," katanya.

Perdana Menteri berkata ada sesetengah pihak mendakwa mempelajari ilmu selain daripada Fardu Ain adalah mengkhianati Islam kerana ia mempunyai aspek sekular sedangkan sebenarnya perkara itu tidak terdapat dalam Al-Quran.

"Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Rasulallah ialah Iqra' iaitu bermaksud baca... ia tidak berkata baca Al-Quran semata-mata dan melupakan ilmu lain, baca yang dimaksudkan itu ialah mempelajari ilmu termasuk ilmu-ilmu lain,"

Malah umat Islam ditegaskan supaya menuntut ilmu biarpun sehingga ke negeri China, kata beliau Menyedari perkara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan yang bertunjangkan Umno begitu tekun untuk membangunkan negara berteraskan kepada ilmu seperti kejuruteraan, sains dan teknologi maklumat tanpa melupakan ilmu ibadat.

Perdana Menteri berkata umat Islam dahulu begitu hebat apabila mereka mampu menguasai ilmu-ilmu selain daripada ibadat.

"Tapi, umat Islam kini akan jadi bodoh kerana hanya menumpukan kepada soal-soal ibadat sahaja dan mengganggap perkara lain sebagai sekular," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999