[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Malaysia Kurang Selamatkah?

Date: 30 Aug 1999
Time: 05:03:17
Remote User: -

Comments

Ulasan

Laporan ini menunjukkan bahawa Si Kepala Taik dahulu tak tahu buat kerja. Benar?

Apa yang pelik tentang jumlah staf yang akan diambil bagi yang berunifom dan awam. Yang awam banyak sangat itu apa pasal? Itu termasuk SBkah?

----------------------------------------------------------------------------------------------- Beliau berkata daripada jumlah itu, 3,997 ialah untuk anggota pakaian seragam, manakala selebihnya kakitangan awam. ----------------------------------------------------------------------------------------------- PDRM ketika ini mempunyai 79,307 anggota seragam dan 5,574 kakitangan awam. -----------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysia kurang selamatkah?

============================================================================================================================== KERAJAAN LULUSKAN TAMBAHAN ANGGOTA POLIS

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan tambahan 5,936 jawatan baru untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pembinaan balai-balai polis baru di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 3,997 ialah untuk anggota pakaian seragam, manakala selebihnya kakitangan awam.

Tambahan ini perlu dalam meningkatkan tenaga manusia PDRM kerana tugas, peranan dan tanggungjawab mereka dalam menangani pelbagai isu kepolisian telah bertambah, kata beliau selepas melancarkan 20 van balai polis begerak di Maktab Pegawai Kanan Polis, di sini.

PDRM ketika ini mempunyai 79,307 anggota seragam dan 5,574 kakitangan awam.

Abdullah juga berkata jumlah balai polis juga akan ditambah ekoran meningkatnya jumlah penduduk dan kemajuan perumahan "densiti tinggi" dan urbanisasi yang pesat.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.996 bilion untuk PDRM dalam Rancangan Malaysia Ke-7 bagi meningkatkan keupayaan pasukan itu dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang, katanya.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lokasi balai-balai baru akan ditambah mengikut keperluan setempat, tetapi tidak memberikan jumlah yang akan dibina dibawah RMK-7.

Beliau berkata pasukan itu mempunyai tanah yang cukup untuk pembinaan balai berkenaan, tetapi ia akan dibina mengikut kemampuan peruntukan yang diberi.

Katanya kerajaan menggalakkan pihak pemaju perumahan membina balai polis dan dua tiga balai kini telah dibina mengikut cara itu seperti Balai Polis Bukit Beruntung di Rawang.

Abdullah juga melahirkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang membuat panggilan palsu kepada pasukan polis, yang beliau sifatkan sebagai "pengacau kepada tugas pasukan polis."

Beliau berkata: "Saya percaya ada hukuman kerana mengganggu tugas anggota polis."

Beliau menganggap mereka yang membuat panggilan palsu ini sama seperti mereka yang merosakkan harta awam seperti telefon awam.

"Oleh itu tindakan seperti kempen kesedaran dan pendidikan oleh ibu bapa atau pihak yang bertanggungjawab perlu dijalankan dari masa ke semasa bagi mengurangkan masalah ini," kata beliau.

Katanya daripada Jan hingga Ogos tahun ini, sejumlah 27,407 panggilan atau 88.35 peratus dari panggilan kecemasan yang dibuat kepada polis adalah palsu.

Panggilan yang betul pada jangkamasa itu hanya 11.65 peratus atau 3,611 panggilan sahaja.

Abdullah berkata negeri Sarawak mencatatkan panggilan palsu tertinggi dengan 25,407 panggilan, manakala Perlis paling rendah dengan hanya 7 panggilan paslu. -- BERNAMA


Last changed: August 30, 1999