[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Polis Pening Kepala, Mahkamah Garu Kepala.

Date: 31 Aug 1999
Time: 20:12:21
Remote User: -

Comments

BN KELANTAN BUAT DUA LAPORAN POLIS HARI INI

KOTA BAHARU, 31 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan, hari ini membuat dua laporan polis masing-masing berhubung kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh dan Chong Thian Teik yang berunsur hasutan, menghina raja dan orang Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Memerangi Fitnah Umno, Datuk Ibrahim Ali berkata, kedua-dua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu, di sini pada pukul 12 tengah hari oleh Setiausaha Kerja BN Negeri, Kamarudin Abdullah.

"Kenyataan Wan Ismail bercanggah dengan perlembagaan dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan, Institusi Kesultanan mesti dipelihara dan disanjung oleh seluruh rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ibrahim berkata kenyataan Wan Ismail yang memperkecilkan institusi kesultanan dalam ceramah politik anjuran PAS Perlis di Jejawi Dalam, dua hari lepas yang dilaporkan akhbar nasional semalam merupakan penghinaan dan menghasut rakyat Kelantan supaya membenci dan menolak institusi kesultanan.

Manakala, Chong Thian Teik yang berceramah pada majlis anjuran PAS Jejawi Dalam, pada 26 Ogos lepas telah mengajak orang bukan Islam supaya sokong PAS dan menuduh bahawa Umno tidak Islam.

"Kenyataan yang berupa fitnah dan menghasut ini sudah tentu akan menimbulkan keresahan dan kegelisahan di kalangan anggota Umno yang kelak boleh menimbul, mendorong huru-hara dan perpecahan di kalangan rakyat negara ini," katanya.

Pada ceramah itu Thian Teik juga didakwa mencarut dan memaki para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. -- BERNAMA


Last changed: August 31, 1999