[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Tema Baru: Bersatu Bawah MIC

Date: 31 Aug 1999
Time: 20:16:28
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya MIC telah mencabar kepimpinan negara apabila tema hari kemerdekaan ditukar menjadi Bersatu Bawah MIC. Mungkin ini akan berlaku apabila Si Kepala Taik menjadi presiden MIC. Ini juga satu bukti bahawa di kalangan parti komponen BN..MIC dan PPP ada percanggahan hebat. Suara IPF langsung hilang.

Satu gejala laig yang menunjukkan BN akan tumbang kali ini.

==============================================================================================================================

SAMY VELLU SERU MASYARAKAT INDIA BERSATU DI BAWAH MIC

SHAH ALAM, 31 Ogos (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menyeru masyarakat India di negara ini agar bersatu di bawah MIC bagi menangani masalah masyarakat itu dengan "satu suara".

Beliau berkata hanya MIC boleh menaikkan taraf kehidupan masyarakat itu setara dengan masyarakat lain di negara ini.

"Adalah menjadi hasrat saya agar masyarakat India bersatu di bawah MIC agar sebarang yang timbul berkaitan masyarakat itu dapat ditangani dengan satu suara," katanya kepada pemberita selepas sidang berita, selepas menerima 20,000 borang permohonan daripada bekas anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) di Stadium Melawati di sini hari ini.

Borang tersebut diserahkan kepada beliau oleh bekas pengerusi PPP Selangor, Alex Thiagarasan. Thiagarasan keluar dari PPP beberapa bulan lalu dengan memberi alasan perbezaan pendapat dengan pemimpin parti itu.

Di samping Selangor, borang permohonan itu juga daripada bekas anggota PPP dari Kedah, Melaka dan Pulau Pinang.

Samy Vellu yang juga presiden MIC berkata ini adalah kali pertama sejumlah besar bekas anggota parti lain menyertai MIC, satu kebaikan kepada parti itu.

Beliau berkata adalah menjadi harapannya untuk melihat masyarakat India tidak berpecah dalam sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Keputusan mereka untuk menyertai MIC menunjukkan mereka tidak mahu perpecahan dalam masyarakat India," kata Samy Vellu.

Samy Vellu berkata 20,0000 permohonan itu diterima secara en bloc bagi memudahkan pendaftaran 200 cawangan baru di negara ini, dan ini meningkatkan jumlah cawangan MIC di negara ini kepada 4,250 dengan keanggotaan seramai 530,500.

Beliau berkata sejumlah 24,000 borang permohonan daripada bekas anggota PPP dari Perak, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dijangka akan diterima dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. -- BERNAMA


Last changed: August 31, 1999