[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Tiada Kejutan Di Kota Baharu

Date: 31 Aug 1999
Time: 23:05:48
Remote User: -

Comments

Ulasan

Seperti yang dijangkakan, tiada kejutan berlaku di KB kelmarin. Alhamdullillah tiada kekecohan yang berlaku akibat pendedahan yang dibuat oleh laman-laman web reformasi.

Yang berhimpun juga jauh daripada yang dianggarkan mungkin sekitar 30,000 sahaja sama banyak dengan perhimpunan kemerdekaan di Shah Alam pada malam hari kemerdekaan.

Antara kata-kata Ku Li..

"Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik PAS. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain". PAS memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, kata Razaleigh yang juga bekas Presiden parti Semangat 46 (S46).

INI TUDUHAN BIASA TIDAK ADA KEJUTAN. RAKYAT KELANTAN JUGA TAHU. TERPULANGLAH KEPADA MEREKA UNTUK MENILAI PRESTASI PAS.

"Dalih PAS kerana tidak ada perjanjian bertulis mengenai pembahagian kuasa, sedangkan persetujuan sudah ada. Antara prinsip pembahagian kuasa setelah menang di negeri-negeri majoriti Malayu iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, orang PAS jadi Menteri Besar dan orang S46 jadi Timbalan Menteri Besar," katanya.

SEDAP JUGA DENGAR CERITA LAMA. APA RELEVANNYA?

Beliau yang menamatkan ucapannya dengan lafaz "Bismillahir rahmanir rahim, Wallahi, Wabillahi, watallahi. Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang saya katakan mengenai hubungan dengan parti PAS tadi adalah benar belaka,".

SEMUGA SUMPAH INI TIDAK MEMAKAN DIRI.

"Kita mahu kebenaran yang terang benderang. Tiada cara lain yang dapat saya buktikan kebenaran kata-kata saya ini, melainkan pada hari yang bersejarah ini, saya bersumpah dengan nama Allah di depan saudara-saudari yang sangat saya kasihi," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 40,000 orang itu.

SEJAK BILA KU LI MAHUKAN KEBENARAN? TAK PUN DIA CARI KEBENARAN DALAM HAL-HAL UMNO. INI SEMUA TEMBERANG.

"Pada masa yang sama PAS berdolak dalih dalam soal penyatuan Melayu apabila pada awalnya mereka menyokong cadangan saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam satu mesyuarat pada 19 Jun 1995," kata Razaleigh.

TIDAK APA YANG DOLAK DALEK. PAS SETUJU, KU LI KATA SULTAN SETUJU. YANG TAK SETUJU SI KEPALA TAIK. INI SEJARAH.

"Tiada siapa di kalangan mereka yang menentang hasrat pertemuan saya itu malah mereka menggalakkannya, namun apabila pertemuan itu dilakukan, ada yang melatah dan menuduh saya curang," kata Razaleigh.

INI CAKAP DIA BELUM TENTU BENARNYA. KITA TUNGGU KOMEN PAS.

"Maka PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti politik keduniaan yang lain. PAS hanyalah sebuah parti politik ciptaan manusia, pemimpin-pemimpin PAS bukanlah nabi," katanya sambil mengajak rakyat Kelantan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang.

SIAPA KATA PAS BUKAN PARTI KEDUNIAAN? UMNOKAH? PAS TETAP PAS ISLAM TETAP ISLAM. PAS CUMA LAKSANAKAN ISLAM. ITU AJA. KERAJAAN BN 42 TAHUN BERHELAH UNTUK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD.

"Barangkali kini mereka harapkan Umno untuk membela nasib dan masa depan mereka dan Umno akan buat, Insya-Allah," katanya.

SATU ANDAIAN YANG MELESET SAHAJA.

Nampaknya Ku Li gagal buat kejutan.

============================================================================================================================== KU LI BERSUMPAH DI HADAPAN RIBUAN RAKYAT

KOTA BAHARU, 31 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bersumpah di hadapan ribuan rakyat Kelantan untuk membuktikan PAS hanya berjanji tetapi tidak menunaikan janji-janjinya.

Dalam perhimpunan rakyat di perkarangan bangunan Umno negeri di sini, Tengku Razaleigh mendedahkan di hadapan 40,000 orang akan pengalamannya semasa Parti Semangat 46 dan PAS bekerjasama.

Beliau berkata, sejak awal niat pemimpin PAS sudah boleh dipertikaikan apabila mereka enggan menandatangani banyak perkara yang telah dipersetujui bersama seperti soal menegakkan Islam sebagai Ad-din.

"Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik PAS. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain". PAS memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, kata Razaleigh yang juga bekas Presiden parti Semangat 46 (S46).

Beliau berkata, PAS mungkir janji pada pilihan raya umum 1990 apabila dengan sengaja meletakkan calonnya bertanding tiga penjuru di beberapa tempat seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri Serada dan Parlimen Marang di Terangganu yang dipersetujui untuk ditandingi oleh calon parti S46.

Selepas keputusan pilihan raya umum 1990 diketahui, PAS terus mengadap Sultan Kelantan untuk menyembah Barisan Exco Kerajaan Negeri tanpa berunding terlebih dahulu walaupun kemenangan itu hasil perkongsian tenaga di kalangan parti-parti dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Perpaduan).

"Dalih PAS kerana tidak ada perjanjian bertulis mengenai pembahagian kuasa, sedangkan persetujuan sudah ada. Antara prinsip pembahagian kuasa setelah menang di negeri-negeri majoriti Malayu iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, orang PAS jadi Menteri Besar dan orang S46 jadi Timbalan Menteri Besar," katanya.

Beliau yang menamatkan ucapannya dengan lafaz "Bismillahir rahmanir rahim, Wallahi, Wabillahi, watallahi. Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang saya katakan mengenai hubungan dengan parti PAS tadi adalah benar belaka,".

"Kita mahu kebenaran yang terang benderang. Tiada cara lain yang dapat saya buktikan kebenaran kata-kata saya ini, melainkan pada hari yang bersejarah ini, saya bersumpah dengan nama Allah di depan saudara-saudari yang sangat saya kasihi," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 40,000 orang itu.

Beliau juga berkata, PAS juga sering berdalih untuk tidak melaksanakan hukum Hudud sebagaimana yang dijanjikan, kononnya Sultan tidak menandatangani pindaan enakmen padahal sultan menandatanganinya.

PAS gagal menunaikan janji-janjinya dalam manifesto setiap pilihan raya seperti melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan, menubuhkan Suruhanjaya Hizbah untuk mewujudkan kerajaan yang bersih, katanya.

"Pada masa yang sama PAS berdolak dalih dalam soal penyatuan Melayu apabila pada awalnya mereka menyokong cadangan saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam satu mesyuarat pada 19 Jun 1995," kata Razaleigh.

"Tiada siapa di kalangan mereka yang menentang hasrat pertemuan saya itu malah mereka menggalakkannya, namun apabila pertemuan itu dilakukan, ada yang melatah dan menuduh saya curang," kata Razaleigh.

Oleh itu, beliau berkata PAS berpisah dengan Barisan Nasional (BN) bukan kerana BN menolak sebarang cadangan PAS mengenai Islam tetapi berpisah semata-mata kerana parti itu pentingkan kuasa.

"Maka PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti politik keduniaan yang lain. PAS hanyalah sebuah parti politik ciptaan manusia, pemimpin-pemimpin PAS bukanlah nabi," katanya sambil mengajak rakyat Kelantan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, rakyat Kelantan perlu membuat perubahan dengan memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah negeri ini selepas 10 tahun PAS diberi mandat memerintah gagal membawa pembangunan dan kemajuan.

Terdahulu, sebelum solat Asar, Tengku Razaleigh bersama ulama dan pemimpin-pemimpin Umno Kelantan menunaikan solat hajat di Masjid Muhammadi, kira-kira 400 meter daripada tempat perhimpunan itu.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa, Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Ditanya mengenai sambutan rakyat Kelantan terhadap perhimpunan anjuran Umno negeri itu, beliau mendapati sebilangan besar rakyat negeri itu khususnya generasi muda masih menyokong Umno.

Menurut beliau, generasi muda kelihatan hilang kepercayaan terhadap PAS kerana hampir 10 tahun parti itu memerintah tidak banyak peluang pekerjaan diwujudkan hingga ada daripada mereka terus menganggur dan berhijrah ke negeri lain.

"Barangkali kini mereka harapkan Umno untuk membela nasib dan masa depan mereka dan Umno akan buat, Insya-Allah," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 31, 1999