[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rancangan Ku Li Gagal

Date: 01 Sep 1999
Time: 00:21:57
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dengan laporan yang tidak hebat oleh media kroni, maka kita dapat simpulkan bahawa program Ku Li ternyata gagal. Tiada kejutan yang beliau buat. Tiada impak kepada rakyat.

Katanya:

''Saya lakukan ini kerana ia merupakan tanggungjawab saya kepada rakyat Kelantan dan rakyat seluruh negara. Saya tidak tahan lagi dengan pembohongan dan sikap hipokrit pemimpin Pas. Mereka sembunyikan kebenaran di sebalik jubah mereka.

KITA JUGA BERSUMPAH UNTUK TUMBANGKAN SI KEPALA TAIK YANG ZALIM DAN PENIPU SERTA PEMBOHONG ITU.

''Saya mahu sesiapa sahaja yang ingin berkawan dengan pemimpin Pas tahu manusia jenis apakah mereka ini,'' tegasnya pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan sempena Hari Kebangsaan ke-42, di sini.

KITA JUGA KENAL SIAPA KU LI YANG BERCITA-CITA UNTUK JADI PM SELEPAS SI KEPALA TAIK TURUN TAHTA.

''Walaupun perit dan hampir serik kami terpaksa memendam rasa demi menjaga perpaduan, kami ingin jaga hati rakyat yang mahu bersama kami ketika itu,'' ujarnya.

KAMU LUPA BANYAK LAGI BANYAK KEDURJANAAN UMNO YANG MENGHINA DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT.

''Hudud hanya dilaung-laungkan oleh pemimpin Pas sebagai umpan untuk memancing undi. Hudud sebenarnya tidak ada dalam manifesto pilihan raya Pas,'' tambahnya dalam ucapan yang bertemakan ''Kita tidak mahu orang yang makan gaji buta'' (merujuk kepada kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan).

TUDUHAN INI KETERLALUAN KERANA KITA TAHU BAHAWA PAS BAWAH PIMPINAN TG NIK AZIZ SUDAH MENGEMUKAKAN CADANGAN UNTUK LAKSANAKAN HUDUD TAPI DITOLAK OLEH SI KEPALA TAIK.

Justeru, sambil menyeru rakyat Kelantan menolak Pas pada pilihan raya kali ini, Tengku Razaleigh berkias: ''Jangan jadikan anak cucu kita menjadi pungguk yang rindukan bulan.

''Cahaya bulan yang samar-samar akan melindungi kebenaran. Kita mahu kebenaran yang terang benderang.''

USAHLAH BERSELOKA KERANA KAMU TETAP ADA KULI KEPADA SI KEPALA TAIK. KAMU SEMUA TAKUT DENGAN LAMBANG BULAN SABIT DAN BULAN TERANG.

============================================================================================================================== Sumpah: Ku Li kotakan janji

KOTA BHARU 31 Ogos - Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah di hadapan rakyat Kelantan bagi membuktikan pembohongan Pas ketika parti itu bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang pernah dipimpinnya.

Sambil menyedari bahawa sumpah bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan, Tengku Razaleigh juga percaya tindakan tersebut sahajalah jalan terakhir untuk mencari kebenaran setelah Pas tidak mengaku telah melakukan pembohongan.

Tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu, cara tersebut sahajalah yang ditunjukkan oleh al-Quran seperti mana yang dinasihatkan kepadanya oleh mereka yang tinggi pengetahuan agamanya.

''Saya lakukan ini kerana ia merupakan tanggungjawab saya kepada rakyat Kelantan dan rakyat seluruh negara. Saya tidak tahan lagi dengan pembohongan dan sikap hipokrit pemimpin Pas. Mereka sembunyikan kebenaran di sebalik jubah mereka.

''Saya mahu sesiapa sahaja yang ingin berkawan dengan pemimpin Pas tahu manusia jenis apakah mereka ini,'' tegasnya pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan sempena Hari Kebangsaan ke-42, di sini.

Tengku Razaleigh kemudian melafazkan sumpahnya: ''Pada hari yang bersejarah ini saya bersumpah dengan nama Allah di depan saudara-saudari yang sangat saya kasihi dengan lafaz mulia, Bismillahir-Rahmanir- Rahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang saya katakan mengenai hubungan dengan parti Pas tadi adalah benar belaka.''

Lafaz sumpahnya itu terus disambut dengan tepukan dan pekikan puluhan ribu rakyat yang membanjiri pekarangan Pejabat UMNO Kelantan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Annuar Musa, ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO - Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan para pemimpin UMNO serta Barisan Nasional (BN) negeri.

Tengku Razaleigh mendedahkan, bekas parti S46 sejak awal lagi mempertikaikan niat sebenar pemimpin Pas apabila menjalin kerjasama dengan S46.

Katanya, pemimpin parti itu enggan menandatangani banyak perjanjian terhadap perkara-perkara yang dipersetujui bersama walaupun hasrat untuk mewujudkan sebuah negeri yang menegakkan Islam sebagai addin.

Dakwanya, pada pilihan raya umum 1990, Pas dengan sengaja meletakkan calonnya untuk bertanding tiga penjuru di beberapa tempat yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh S46, termasuk di Dewan Undangan Negeri Serada dalam Parlimen Marang.

''Walaupun perit dan hampir serik kami terpaksa memendam rasa demi menjaga perpaduan, kami ingin jaga hati rakyat yang mahu bersama kami ketika itu,'' ujarnya.

Tetapi, katanya lagi, Pas terus mencabuli persetujuan itu apabila meletakkan lebih ramai lagi calonnya di kawasan yang turut ditandingi oleh calon S46 untuk menghadapi calon BN pada pilihan raya 1995.

Beliau berkata, selepas memenangi pilihan raya 1995 di Kelantan, Pas terus menghadap Sultan Kelantan untuk menyenaraikan barisan Exconya tanpa pengetahuan S46.

Tindakan itu jelas bertentangan dengan perjanjian pembahagian jawatan dan kuasa apabila Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang, tambah beliau.

Ini termasuk persetujuan kerjasama jika APU menang di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawatan Menteri Besar dipegang oleh Pas manakala timbalannya oleh S46.

Selain itu, Pas juga gagal menunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan pelbagai dalih, termasuk berbohong dengan mengatakan Sultan Kelantan enggan menandatangani pelaksanaannya sedangkan baginda telah pun berbuat demikian.

''Hudud hanya dilaung-laungkan oleh pemimpin Pas sebagai umpan untuk memancing undi. Hudud sebenarnya tidak ada dalam manifesto pilihan raya Pas,'' tambahnya dalam ucapan yang bertemakan ''Kita tidak mahu orang yang makan gaji buta'' (merujuk kepada kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan).

Janji lain yang gagal dilaksanakan oleh Pas sebagaimana yang tersenarai dalam manifestonya termasuk melaksanakan dasar Islam dalam pentadbiran, pembasmian kemiskinan, penubuhan suruhanjaya hizbah (untuk memerangi penyelewengan dalam pentadbiran) dan sebagainya.

Tambahnya, kemuncak kepada kebaculan Pas ialah apabila mereka berdolak-dalih dalam soal penyatuan Melayu walaupun pada awalnya para pemimpin parti tersebut telah bersetuju ke arah itu.

''Kita ada rekod bahawa sebelum itu tiada sesiapapun di kalangan mereka (pemimpin Pas) yang menentang hasrat saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi mengemukakan soal tersebut,'' katanya.

Tengku Razaleigh menjelaskan, pemimpin-pemimpin Pas bersetuju mengenai hasrat tersebut dalam satu pertemuan di antaranya dengan mereka di kediamannya pada 19 Jun 1995.

Sebaliknya, beliau berkata, para pemimpin Pas telah menuduhnya curang berkaitan pertemuan itu dan pada muktamar Pas tidak lama kemudian, pemimpin parti itu memutuskan hubungan dengan S46.

Justeru, sambil menyeru rakyat Kelantan menolak Pas pada pilihan raya kali ini, Tengku Razaleigh berkias: ''Jangan jadikan anak cucu kita menjadi pungguk yang rindukan bulan.

''Cahaya bulan yang samar-samar akan melindungi kebenaran. Kita mahu kebenaran yang terang benderang.''


Last changed: September 01, 1999